Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan :
(a) Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut. [10 markah]
(b) Berikan dua sebab Siam menyerang Kerajaan Sultan Abdullah. [4 markah]
(c) Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sa’dung. [6 markah]
Skema Jawapan
a) latar Masyarakat
i. Masyarakat istana 1 markah
Cth : Raja Ibrahim/ Puteri Sa’dung/Sultan Abdullah 1 markah
ii.Masyarakat yang mempercayai bomoh/nujum/taib 1 markah
Cth : Raja Siam memanggil bomoh-bomoh untuk
mengubati penyakit kayap dada Raja Siam. 1 markah
iii. Masyarakat yang terlalu mengikut nafsu 1 markah
Cth : Raja Abdullah memancung leher Puteri Sa’dung kerana marah /Raja Siam menyerang
Kota Jelasin kerana inginkan Puteri Sa’dung 1 markah
iv. Masyarakat yang setia/menjaga maruah 1 markah
Cth : Puteri Sa’dung tidak mahu bersuamikan
Raja Siam kerana dia isteri Raja Abdullah 1 markah
v.Masyarakat bawahan 1 markah
Cth : Tentera /hulubalang/ rakyat jelata 1 markah
b)Nyatakan dua sebab Siam menyerang kerajaan Raja Abdullah
i.Ingin memiliki Puteri Sa’dung/membawa Puteri Sa’dung ke Siam 2 markah
ii.Utusan Siam dimalukan oleh Raja Abdullah 2 markah
c)Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sa’dung
i.Kehebatan bermain senjata 2 markah
ii.Jampi serapah /serampah pinang Puteri Sa’dung menyebabkan penyakit kayap di dada Raja Siam 2 markah
iii.Dapat memindahkan Kota Jelasin semasa dikepung tentera Siam 2 markah
iv.Hidup semula setelah disapukan air mawar 2 markah
Technorati Code - BPVVGM92VN4R