DI DADA MEREKA ADA KHALID
Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan.
Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.
Di dada mereka ada khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.
Shahrunizam Abd. Talib
(a) Huraikan tema sajak. [4 markah]
(b) Jelaskan dua ciri pejuang dalam sajak. [4 markah]
(c) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah]
(d) kemukakan nada sajak. [4 markah]
a. Tema sajak ialah sanjungan atau penghargaan terhadap semangat perjuangan anggota keselamatan negara dalam mempertahankan negara dan menentang musuh. Cth: Di dada mereka ada khalid, singa garang di padang juang.
b.Bagi setiap ciri di bawah, pelajar boleh memetik contoh baris sajak yang sesuai.
i. Berani / tidak gentar
ii. Tidak mengharapkan sanjungan / Ikhlas
iii. Yakin
iv. Mempunyai semangat kepahlawanan
v. Tidak takut akan kematian
c. i. Alusi - khalid iaitu nama tokoh pejuang.
ii. Metafora Cth:
iii. Responsif Cth : di dada mereka ada khalid
di tangan mereka pedang keberanian
iv. Personifikasi Cth: mati hanya mampu menumpaskan pengecut
v. Asonansi a Cth: singa garang di padang juang
vi. Aliterasi m Cth: mati hanya mampu menumpaskan pengecut
vii. Anafora cth : Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman
viii. Sinkope Cth : tak
xv. Simbolik / Perlambangan Cth : singa – melambangkan keberanian
d) Patriotik - tentera/pejuang/pasukan keselamatan cinta akan negara dan mempertahankan tanah air.