1. Jelaskan tema cerpen.
2. Huraikan persoalan-persoalan cerpen.
3. Jelaskan nilai murni dalam cerpen.
4. Berikan teknik suspens dan teknik kejutan dalam cerpen.
Perbincangan jawapan
Sebelum membincangkan jawapan, wajar dilihat isi cerpen ini yang menjurus kepada penekanan kasih sayang yang amat tinggi kepada haiwan sejak mula ke akhir cerpen. Watak antagonis cerpen iaitu Ayu ditonjolkan sebagai manusia yang kejam, sanggup membunuh kucing-kucing jagaannya padahal di hadapan Amanani dan Hakim, dia amat penyayang terhadap haiwan. Aspek undang-undang haiwan turut dinyatakan tentang hukuman terhadap sesiapa yang berlaku kejam terhadap haiwan. Maka, jelas isu utama ialah kasih sayang manakala sikap manusia yang suka berpura-pura, kekejaman manusia terhadap haiwan dan hak haiwan di sudut undang-undang ialah isu sampingan
1.Tema cerpen ialah kasih sayang manusia terhadap haiwan. Amanani dan Hakim amat menyayangi Suria, kucing peliharaan mereka bagaikan anak sendiri.
2. Persoalan kekejaman manusia terhadap haiwan. Ayu sanggup membunuh anak-anak kucing majikannya dengan cara melemaskannya dalam plastik dan membuangnya ke tong sampah. Juga, persoalan sikap manusia yang suka berpura-pura iaitu Ayu yang tidak jujur menjaga kucing-kucing tuannya. Ia berpura-pura penyayang terhadap kucing di hadapan majikannya sahaja. Persoalan kekejaman manusia terhadap haiwan. Ayu berlaku kejam dengan membunuh anak-anak kucing seperti Manja dan Bayu.
3. Nilai kasih sayang. Nilai prihatin. Nilai kejujuran. (Contoh huraian boleh diambil seperti dalam soalan 2)
4. Teknik suspens dapat dilihat pada peristiwa Amanani mendengar bunyi kucing dari tong sampah. Pembaca tertanya-tanya akan perkara sebenar yang sedang berlaku. Teknik kejutan pula pada peristiwa pengakuan Ayu bahawa ia yang membuang anak kucing ke tong sampah. pembaca berasa terkejut kerana tidak menyangka bahawa Ayu yang penyayang sanggup berbuat demikian.