Mulai 2015, satu novel dipelajari iaitu Naratif Ogonshoto karya Dato' Anwar Ridhwan. Antologi teks moden (sajak, cerpen dan drama) ialah Kubentang Sebuah Peta. Teks tradisional pula ialah Nilai Insan.

Carian Blog Ini

Selasa, 27 Julai 2021

Cerpen Perspektif

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Gaya hidup masyarakat atasan yang kurang disenangi oleh masyarakat bawahan. Abang Said, seorang wakil rakyat dan isterinya, Sharifah mengamalkan gaya hidup yang mewah seperti berpakaian mahal. Persoalan sikap kurang prihatin pemimpin terhadap masyarakat bawahan. Abang Said tidak menyelami kesusahan dan penderitaan hidup masyarakat bawahan. Persoalan kasih sayang terhadap suami. Sharifah amat menyayangi suaminya, Abang Said. Persoalan penderitaan masyarakat bawahan. Sharifah menerima surat layang yang menyatakan penderitaan dan kesusahan masyarakat bawahan yang mengharapkan pembelaan.


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kasih sayang. Sharifah amat menyayangi suaminya, Abang Said. Nilai keinsafan. Sharifah insaf akan kesilapannya yang mengamalkan gaya hidup mewah dan kurang menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Nilai tolong-menolong. Abang Said pernah membiayai pembedahan Mak Limah yang sakit jantung. Nilai tanggungjawab. Ahli masjid menjalankan tanggungjawab menguruskan jenazah Abang Said.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan rakyat. Abang Said tidak menyelami kesusahan dan penderitaan hidup masyarakat bawahan. Kita hendaklah insaf akan kesalahan diri. Sharifah insaf akan kesilapannya mengamalkan gaya hidup mewah dan kurang menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Kita hendaklah menjaga maruah suami/isteri. Sharifah bertekad untuk mengubah penampilan diri bagi menjaga imej/maruah suami sebagai wakil rakyat. Kita hendaklah mengenang jasa orang kepada kita. Pak Dol dan Mak Limah menangisi kematian Abang Said yang pernah berjasa kepada mereka.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Sharifah memahami kesilapannya pada hari kematian suaminya. Perkembangan. Sharifah terkenangkan gaya hidup suaminya, Abang Said dan dirinya, tiga bulan sebelum kematian suaminya. Kemuncak. Sharifah menerima surat layang yang menegur sikap dan gaya hidupnya dan Abang Said serta kegagalan mereka menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Peleraian. Sharifah bertekad untuk  berubah tetapi terlambat kerana suaminya meninggal dunia. 


e) Huraikan perwatakan Abang Said.

Seorang yang kurang bertanggungjawab. Abang Said gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin/wakil rakyat yang baik terhadap rakyat yang memilihnya. Seorang yang kurang prihatin akan masalah rakyat. Abang Said tidak membela nasib rakyat/membiarkan tanah tergadai/membina kondominium/rakyat tinggal di rumah setinggan. Seorang yang materialistik. Abang Said melakukan kerja dengan mengharapkan habuan. Seorang yang mementingkan imej diri. Abang Said mahukan layanan permaidani merah dan penampilan diri yang mewah. 


f) Huraikan perwatakan Sharifah. 

Seorang yg insaf. Sharifah insaf akan kesilapannya yang mengamalkan gaya hidup mewah dan kurang menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Seorang yang penyayang. Sharifah amat sayang akan suaminya, Abang Said dan ingin membaiki imej suaminya di mata masyarakat. Seorang yang bertanggungjawab. Sharifah berasa bertanggungjawab untuk mengubah imej suaminya supaya diterima oleh masyarakat bawahan.


g) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat yg hidup susah. Masyarakat bawahan mengalami kesusahan dan penderitaan tetapi kurang mendapat pembelaan. Masyarakat yg mengenang jasa. Pak Dol dan Mak Limah menangisi kematian Abang Said yang pernah berjasa kepada mereka. Masyarakat yg bertanggungjawab.  Ahli masjid menjalankan tanggungjawab menguruskan jenazah Abang Said.


Rabu, 7 Julai 2021

Cerpen Air Mata Dalang : Teknik Penceritaan / Teknik Plot

Teknik dialog.
Pak Yasok berbual dengan Nora tentang tujuan Nora datang ke rumahnya.
Teknik pemerian.
Penulis menggambarkan hari hujan dan Pak Yasok merindui anak cucunya.
Teknik imbas kembali.
Pak Yasok terkenangkan peristiwa Faezah menegur Pak Yasok kerana membuat patung wayang kulit.
Teknik imbas muka.
Pak Yasok membayangkan dia akan berkunjung ke rumah Faezah apabila perasaan marahnya kendur nanti.
Teknik suspens.
Pak Yasok tertanya-tanya siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu hujan.
Teknik kejutan.
Pembaca terkejut apabila kereta Ustaz Sauki muncul secara tiba-tiba semasa majlis pengumuman Nora sebagai dalang.
Teknik konflik.
Konflik antara Pak Yasok dan Faezah yang menasihati Pak Yasok supaya tidak membuat patung wayang kulit kerana dianggap berdosa.


Soalan Petikan.
Baca petikan dan jawab soalan
1. Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung. Melihat Ustaz Sauki dan Faezah serta anak-anaknya pulang, Pak Yasok tersenyum.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik kejutan. Contohnya, Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung.


2. Dia memandang sebuah kereta Kembara JFX995 yang membelok ke halaman rumahnya. Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik suspens. Contohnya, Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.


3. ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik monolog. Contohnya, ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.