a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.
Tema – Ikatan persahabatan yg utuh menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib menyepikan diri. Aku terasa kehilangan apabila Rosa menyepikan diri selama tiga bulan tanpa membalas panggilan telefon, surat dan e-mel Aku. Persoalan kesabaran menghadapi karenah orang lain. Aku sabar menghadapi karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Persoalan semangat patriotik yang tinggi dalam diri. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak kedaulatan Malaysia yang mesti dipertahankan. Persoalan sikap amanah dalam menjalankan tugas. Aku bersikap amanah dalam menjalankan tugas wartawan iaitu menyampaikan kebenaran.
b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai kesabaran. Aku sabar menghadapi karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Nilai bertanggungjawab. Aku menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab sbg wartawan. Nilai setiakawan. Aku mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa yang menyepikan diri kerana tidak mahu kehilangan kawan. Nilai patriotik. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Malaysia yang mesti dituntut.
c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah sabar menghadapi kerenah kawan. Aku sabar menghadapi karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas. Aku menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab sbg wartawan. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan. Aku mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa yang menyepikan diri kerana tidak mahu kehilangan kawan. Kita hendaklah cinta akan tanah air. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak kedaulatan Malaysia yang mesti dipertahankan.
d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Aku/Rafik Mustaqim merindui Rosa yg menyepikan diri setelah berselisih pendapat ttg hak kedaulatan Pulau Batu Putih. Perkembangan. Aku berusaha menghubungi Rosa dgn telefon, e-mel, surat dan pergi ke rumah Rosa di Singapura tetapi gagal menemuinya. Kemuncak. Aku kian jauh/sukar utk menghubungi Rosa kerana ditugaskan ke Belanda untuk membuat liputan berita ttg tuntutan kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan. Peleraian. Aku gembira menerima e-mel drp Rosa tetapi tidak menyangka Rosa mempunyai perasaan cinta terhadapnya.
e) Huraikan perwatakan Aku.
Seorg yg penyabar. Aku sabar dgn karenah Rosa yg menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Seorg yg bertanggungjawab. Aku menjalankan tugas dgn amanah/bertanggungjawab sbg wartawan. Seorg yg setiakawan. Aku mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa kerana tidak mahu kehilangan kawan. Seorang yg patriotik. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Malaysia yang mesti dituntut.
f) Huraikan perwatakan Rosa.
Seorang yg patriotik. Rosa cinta akan negaranya dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Singapura. Seorang yg sensitif. Rosa sensitif terhadap situasi/kata-kata kerana dia seorang anak seni khususnya seni tari. Seorang yg tegas pendirian. Rosa tegas mempertahankan pendapatnya apabila berbincang dgn Aku. Seorang yg penyayang. Rosa menyayangi Aku lebih daripada perasaan sbg sahabat.
g) Huraikan latar masyarakat.
Msykt yg patriotik. Aku dan Rosa cinta akan negara dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak negara masing-masing. Msykt yg setiakawan. Aku dan Rosa mempunyai semangat setiakawan dalam persahabatan. Msykt yg tegas pendirian. Aku dan Rosa tegas mempertahankan pendapat masing-masing apabila berbincang. Msykt yg menncintai seni budaya. Aku dan Rosa meminati bidang seni. Msykt yg penyayang. Aku dan Rosa saling menyayangi antara satu sama lain.
h) Huraikan latar tempat.
Lapangan Terbang Changi. Aku menaiki kapal terbang yg mendarat di Lapangan Terbang Changi. Apartmen Rosa di Woodlands Avenue. Aku pergi ke rumah Rosa untuk berjumpa dengannya. Singapura. Aku ditugaskan mendapatkan skop berita Pulau Batu Putih di Singapura. Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Aku dan Rosa bertemu pertama kali di sana. Belanda. Aku membuat liputan berita ttg kedaulatan Pulau Sipadan di Belanda. Hotel. Aku menerima e-mel drp Rosa di hotel penginapannya di Belanda.
i) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.
Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dgn menggunakan ganti nama diri pertama “Aku”. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya bukan shj dapat menggambarkan aksi dan dialog watak utama. Bahkan, dapat menggambarkan pemikiran dan perasaan watak utama.
j) Huraikan alasan-alasan bhw Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia.
Aktiviti mengawal pengutipan telur penyu dijalankan sejak tahun 1914 oleh pihak Great Britain. Pada 1933, Malaysia telah mewujudkan taman perlindungan burung di Sipadan. Rumah api telah didirikan oleh Kerajaan British Borneo Utara dan diselenggara oleh kerajaan Malaysia.