Hang Tuah merupakan tokoh sastera epik. Jelaskan kehebatan watak.
Mahir seni pertahanan diri dan menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.
Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.
Mempunyai kemahiran diplomatik. Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.
Mempunyai ilmu kesaktian. Dia membaca pustaka, sehingga menyebabkan bedil kapal pendekar Jepun tidak meletup, hanya berasap sahaja.
Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.
Huraikan ciri kepimpinan pada watak Hang Tuah.
Pemimpin yang berani menyahut cabaran dan menentang musuh.
Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.
Pemimpin yang bijak menangani situasi. Hang Tuah bijak bertindak menghalang dan menewaskan pendekar Jepun yang cuba membunuh Phra Cau. Hang Tuah bijak bertindak membaca pustaka untuk menghalang serangan bedil pendekar Jepun.
Pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan berkesan. Hang Tuah dapat berkomunikasi dengan baik apabila menghadap Phra Cau, Raja Siam sebagai wakil utusan Raja Melaka.Raja Siam kagum dengan kemampuannya berbahasa Siam dan kesopanan dirinya.
Pemimpin yang mempunyai kemahiran diplomatik dalam urusan antara negara.
Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.
Pemimpin yang mahir pelbagai bahasa. Selain bahasa Melayu, Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan