Mulai 2015, satu novel dipelajari iaitu Naratif Ogonshoto karya Dato' Anwar Ridhwan. Antologi teks moden (sajak, cerpen dan drama) ialah Kubentang Sebuah Peta. Teks tradisional pula ialah Nilai Insan.

Carian Blog Ini

Khamis, 23 September 2021

Air Mata Dalang : Pembangunan Insan

 Huraikan dua keunggulan watak Nora.

Cinta akan warisan kesenian bangsa. Nora mempelajari ilmu dalang wayang kulit supaya kerana ingin mengekalkan kesenian tradisi bangsa. 

Gigih menuntut ilmu. Nora gigih mempelajari ilmu dalang wayang kulit daripada Pak Yasok, siang dan malam selama tiga bulan.

Berani melakukan perubahan. Nora berani menjadi dalang wayang kulit walaupun tiada kaum wanita menjadi dalang wayang kulit sebelumnya.


 Huraikan dua keunggulan watak Pak Yasok.

Cinta akan warisan kesenian bangsa. Pak Yasok sedia mengajarkan ilmu dalang wayang kulit kepada sesiapa jua kerana ingin mengekalkan kesenian tradisi bangsa. 

Gigih mencari rezeki untuk keluarga. Pak Yasok gigih mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarganya.

Memaafkan kesalahan orang lain demi keharmonian keluarga. Pak Yasok memaafkan kesalahan menantunya Faezah yang bersikap biadab dengannya demi penyatuan keluarga.

Taat pada ajaran agama. Pak Yasok taat mengerjakan ibadat sebagai orang Islam seperti solat, puasa dan berzakat serta solat jemaah di masjid.


Selasa, 7 September 2021

Hang Tuah : Kehebatan dan Kepemimpinan Watak

 Hang Tuah merupakan tokoh sastera epik. Jelaskan kehebatan watak.

Mahir seni pertahanan diri dan menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.  

Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Mempunyai kemahiran diplomatik. Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Mempunyai ilmu kesaktian. Dia membaca pustaka, sehingga menyebabkan bedil kapal pendekar Jepun tidak meletup, hanya berasap sahaja. 

Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Huraikan ciri kepimpinan pada watak Hang Tuah.

Pemimpin yang berani menyahut cabaran dan menentang musuh.
Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Pemimpin yang bijak menangani situasi. Hang Tuah bijak bertindak menghalang dan menewaskan pendekar Jepun yang cuba membunuh Phra Cau. Hang Tuah bijak bertindak membaca pustaka untuk menghalang serangan bedil pendekar Jepun.

Pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan berkesan. Hang Tuah dapat berkomunikasi dengan baik apabila menghadap Phra Cau, Raja Siam sebagai wakil utusan Raja Melaka.Raja Siam kagum dengan kemampuannya berbahasa Siam dan kesopanan dirinya.

Pemimpin yang bertanggungjawab terhadap tugas.Hang Tuah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam untuk dibawa balik ke Melaka.

Pemimpin yang mempunyai kemahiran diplomatik dalam urusan antara negara.
Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Pemimpin yang mahir pelbagai bahasa. Selain bahasa Melayu, Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Rabu, 1 September 2021

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah : Pembangunan Insan

 Watak utama cerpen ini boleh dijadikan teladan anak yang baik. Terangkan.(8 markah) 

Watak utama cerpen ialah Averah. Averah amat menyayangi ayah dan ibu. Dia berasa sedih apabila ibunya meninggal dunia dan selalu meluangkan masa untuk menemani ayahnya. 

Averah sanggup berkorban untuk ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Averah taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Averah taat kepada ibu bapa. Averah taat permintaan abah untuk memasak gulai sembilang kegemaran abah


Sanjungan terhadap watak Averah. (8 markah) 

Sanggup berkorban untuk ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Bertanggungjawab menjaga ibu bapa. Averah sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah dan memasak gulai sembilang kegemaran abah.

Mementingkan pelajaran demi masa depan. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.