a) Jelaskan unsur suspens dalam petikan. [2 markah]
b) Huraikan dua teknik penceritaan/plot dalam petikan. [2 markah]
2. Konflik ini hanyalah dalam diri saya. Tetapi saya rasa terpukul dengan kata-katamu. Benarkah saya ini hanya seorang rafik buatmu? Izinkan saya perjelaskan, saya tidak mampu lagi untuk menjadi sorang rafik tanpa sekeping hati. Perbincangan hangat kita tentang tentang Pedra Branca, memperjelas kedudukan hati saya pada naluri seorang rafik. Bagaimana mungkin saya menjadi seorang rafik lagi apabila hati saya ini telah dibawa pergi jauh ke jantung semenanjung.
a) Nyatakan dua sebab watak saya mengatakan dia tidak mampu menjadi seorang rafik lagi. [2 markah]
b) Apakah maksud konflik? Nyatakan jenis konflik dalam petikan. [2 markah]
3. “Saya tidak berilmu, sebab itu saya mahu beramal walaupun sekecil-kecilnya amalan saya itu. Itu lebih baik daripada saya banyak berilmu tetapi tidak beramal.” Pemuda itu sedikit kesal mengeluarkan kata-katanya yang mungkin menyinggung profesor yang mahu mengajarnya itu. Walau bagaimanapun, profesor itu lebih kesal lagi. Dia datang beribu-ribu kilometernya untuk mengkaji. Sedang anak muda yang tidak berwibawa itu juga datang beribu-ribu kilometer jauhnya, hanya untuk beramal.
a) Nyatakan satu perbezaan watak antara pemuda dan profesor. [2 markah]
b) Nyatakan satu pengajaran dalam petikan. [2 markah]
4. “Belum,” balas guru itu. “Belum ada kajian alam sekitar untuk projek itu. Aku tahu. Para kapitalis dari Turki, Jepun, dan Jerman itu berfikir mereka boleh berbuat sesuka hati di Ogonshoto asalkan mempunyai wang. Kelak, apabila kajian alam sekitar diumumkan, barulah mereka tahu. Mereka terpaksa keluar dari pedalaman Kuri, dari Ogonshoto ini tanpa menebang walau sebatang pokok pun di hutan kita ini.”
a) Jelaskan satu nilai kemanusiaan dalam petikan. [2 markah]
b) Nyatakan satu mesej dalam petikan. [2 markah]
5. Pernah kaukata, kes kami akan kaubawa ke meja seminar antarabangsa. Katamu, di situ akan kaukecam budaya hidup manusia moden yang suka mencemar dan membuang kotoran ke laut. Hendak engkau tentang penerokaan tanah hutan kerana tanah merah yang terhakis dari situ mengeruhkan biru laut. Hendak engkau tentang pembuangan najis ke laut yang busuknya setahun pelayaran. Kaumahu lanun-lanun yang mencuri karang-karang laut dari terumbu induk disumbat ke penjara seumur hidup mereka.
a) Nyatakan dua pengajaran dalam petikan. [4 markah]
b) Nyatakan satu persoalan dalam petikan. [2 markah]
c) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat pada watak engkau. [4 markah]
d) Jelaskan sudut pandangan dalam cerpen. [4 markah]
6. Sementara anak-anak muda juga dilantik mengganggotai lembaga masjid. “Ini untuk menjadi pelapis,” kata Pak Mid yang berpandangan jauh ke hadapan.
Dan hari ini aku melihat kampungku cukup aman, maju dan bersepadu penduduknya. Tidak lagi kedengaran panggilan-panggilan menghina dalam kalangan masyarakatnya. Yang ada ialah perpaduan. Berat hatiku hendak meninggalkan kampung halamanku apabila aku lulus nanti.
a) Nyatakan dua latar masyarakat dalam petikan. [2 markah]
b) Nyatakan dua mesej dalam petikan. [2 markah]
7. Malam itu Sharifah tidak tidur. Dia berniat untuk sedekahkan baju-baju yang baru siap itu kepada saudara-maranya di kampung. Dia akan hubungi Mak Lijah tukang jahit dan Mek Nab tukang masak mereka. Dia akan berpakaian seperti Mek Nab supaya masyarakat dapat dikaitkan dengannya. Kalau Abang Said meragam, malu berjalan dengannya selepas ini, dia akan berserah kepada takdir. Dia tidak boleh menggembirakan semua orang. Imej Abang Said harus dijaga agar jangan dikata orang lagi. Begitulah kasih seorang isteri.
a) Nyatakan satu perwatakan Sharifah berserta contoh. [2 markah]
b) Nyatakan dua peranan Sharifah. [2 markah]
8. Aku tidak mahu tersilap lagi. Aku ingin memohon maaf pada Rosa. Aku sudah terbiasa dan terlatih untuk menjadi seorang yang berterus-terang. Aku punya amanah yang perlu disampaikan kepada setiap warga watanku. Aku hanya menyampaikan sesuatu yang benar. Lantas aku tidak pantas berkias dalam bicaraku. Sifat kewartawananku memilih fakta-fakta bila, di mana, siapa, mengapa, bagaimana dan apa dalam menyampaikan berita. Tidak cukup ruang untuk kuselitkan emosi buat penyedap cerita.
a) Nyatakan dua nilai kemanusiaan dalam petikan. [2 markah]
b) Berikan dua perwatakan Aku. [2 markah]
9. Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya dalam apa-apa jua yang dicita-citakan. Dia tidak mudah melatah dengan perli dan sindiran orang lain. Bagi dirinya, semua penduduk kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia tidak sedikit pun menaruh sangka buruk terhadap mereka. Dia terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudah berjaya.
a) Nyatakan dua persoalan dalam petikan. [4 markah]
b) Nyatakan dua pengajaran. [4 markah]
10. Sahat membayangkan setiap hari Bukit Emas bakal digondolkan untuk diniagakan tanah kuning dan batu-batannya. Sahat membayang keadaan setiap pokok durian, pokok rambutan, cempedak, dan langsat penduduk Kampung Kuah yang menghijau di Bukit Emas akan tumbang menyembah bumi. Selama ini pokok buah-buahan di Bukit Emas telah menjadi punca rezeki mereka dan menjadi pemikat orang luar termasuk pelancong berkunjung ke Kampung Kuah di kaki Bukit Emas.
a) Nyatakan dua latar tempat berserta contoh dalam petikan. [4 markah]
b) Nyatakan satu teknik plot /penceritaan dalam petikan. [2 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan