Puisi A
Bangsanya Ajam baginda itu,
Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.
Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.
Puisi B
Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada jalan membawa rugi.
a) Apakah jenis Puisi A dan Puisi B?
b) Bandingkan bentuk Puisi A dan Puisi B.
a) Puisi A ialah syair. Puisi B ialah gurindam.
Nota Panduan - Perkara yang boleh dibandingkan:
1. Bilangan rangkap.
2. Bilangan baris serangkap
3. Bilangan perkataan sebaris
4. Bilangan suku kata sebaris
5. Rima akhir
6. Ciri baris
7. Bentuk
b) Bilangan rangkap. Puisi A dan Puisi B mempunyai jumlah rangkap yang tidak sama. Puisi A mempunyai dua rangkap manakala Puisi B mempunyai empat rangkap.
Bilangan baris serangkap. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan baris serangkap yang tidak sama. Puisi A mempunyai empat baris serangkap manakala Puisi B mempunyai dua baris serangkap.
Bilangan perkataan sebaris. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan perkataan sebaris yang tidak sama. Puisi A mempunyai dua hingga empat patah perkataan sebaris manakala Puisi B mempunyai dua hingga lima patah perkataan sebaris.
Bilangan suku kata sebaris. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan suku kata sebaris yang tidak sama. Puisi A mempunyai sembilan hingga dua belas suku kata sebaris. Manakala Puisi B mempunyai tujuh hingga dua belas suku kata sebaris.
Rima akhir. Puisi A dan Puisi B mempunyai rima akhir yang tidak sama. Rima akhir Puisi A ialah aaaa. Manakala rima akhir Puisi B ialah aa.
Ciri baris. Baris dalam Puisi A ialah semua baris adalah maksud. Manakala Puisi B adalah baris pertama ialah syarat baris kedua ialah jawab.
Bentuk. Puisi A dan Puisi B kedua-duanya berbentuk terikat. Puisi A mempunyai 4 baris serangkap manakala Puisi B mempunyai 2 baris serangkap.
Atau :
Bentuk. Puisi A dan Puisi B kedua-duanya berbentuk terikat. Puisi A dan Puisi B mempunyai rima akhir yang sama. Puisi A mempunyai rima akhir aaaa manakala Puisi B mempunyai rima akhir aa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan