Katakanlah kau ada …
Emas
bertimbun,
Ataupun
beras berguni, berkampit, berkarung,
Wang
penuh di gudang, padat di kantung.
Semuanya
segera juga akan habis pergi.
Walaupun
beras, tak terbilang ulasnya,
Akan
timpas juga, tak tinggal sebiji.
Kalau
bersifat boros dan habur;
Jimat
cermat sahaja akan ubatnya,
Jika
tak mahu harta terkubur.
“Nak
kaya berdikit-dikit,
Nak
ramai bertabur urai”;
Masa
mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Rangkap 1 Sekiranya pembaca mempunyai
kekayaan iaitu banyak emas, banyak beras dan banyak wang
Rangkap 2 Semua harta akan habis jika
digunakan secara boros
Rangkap 3 Makanan seperti beras yang banyak
juga akan habis jika digunakan secara boros
Rangkap 4 Itulah kesan terhadap sikap boros
dan suka membazir. Sikap berjimat cermat sahaja caranya sekiranya tidak mahu harta
habis/kehabisan harta
Rangkap 5 Perumpamaan Melayu ada menyatakan, berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat
adalah cara untuk menjadi kaya manakala suka berbelanja kawan adalah cara mendapatkan kawan
yang banyak. Tetapi,
semasa kaya, kita akan ada banyak kawan tetapi apabila terlalu miskin, kita
akan tinggal sendirian.
Puisi ini berangkap. Puisi ini mengandungi 5 rangkap. Bilangan baris dalam
setiap rangkap adalah tidak sama. Terdapat
2 hingga 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan
setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama. Terdapat 5 hingga 15 suku kata setiap baris. Rima akhir
puisi adalah bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.
Kesimpulannya, puisi tersebut berbentuk bebas kerana rima akhir bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.
c) Huraikan pengajaran/mesej.
Kita
hendaklah mengamalkan sikap berjimat-cermat. Cth: Jimat cermat sahaja akan
ubatnya/Jika
tak mahu harta terkubur.
Kita janganlah suka membazir harta benda dan wang.
Cth:Tetapi
jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis
pergi.
Kita janganlah suka berbelanja secara melampau untuk
mendapatkan ramai kawan. Cth: Nak ramai bertabur urai/Masa
mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Kita hendaklah berbelanja secara berhemah.
Cth : nak kaya, berdikit-dikit.
d) Terangkan nilai kemanusiaan/murni.
Nilai
jimat-cermat. Cth: Jimat cermat
sahaja akan ubatnya. Nilai kesederhanaan.
Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya
segera juga akan habis pergi. Nilai rasional.
Begitulah tetap akan akibatnya/kalau bersifat boros dan habur. Nilai keinsafan. Cth: Masa
mewah ramai, sudah papa keseorangan.
e) Huraikan tema dan persoalan.
Tema
– Kepentingan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan. Cth: Jimat cermat sahaja
akan ubatnya/jika tak mahu harta terkubur. Persoalan – Kesan/akibat
sikap suka membazir. Cth: Begitulah
tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur. Sikap manusia yang berkawan
hanya apabila berharta. Cth: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
f) Sikap penulis.
Penulis
bersikap sinis/menyindir. Penulis menyindir golongan yg bersikap boros. Cth:
Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis pergi.
Penulis
berasa kecewa. Penulis kecewa dgn golongan manusia yg suka membazir. Cth :
Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur.
Penulis bersikap
yakin. Penulis yakin bahawa seseorang boleh menjadi kaya jika berbelanja secara
berhemah. Cth: Bidal Melayu sedia
berkata/Nak kaya berdikit-dikit.
Penulis berasa insaf. Penulis insaf bahawa
sikap berjimat cermat perlu diamalkan bagi mengelakkan harta habis. Cth : Jimat
cermat sahaja akan ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.
g) Bagaimana mengenali seloka kerana bentuknya bebas?
Isi seloka mengandungi unsur lucu, sindiran dan ejekan. Contohnya, Seloka Pak Kaduk dan Seloka Boros dan Jimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan