a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.
Tema – Kemusnahan hidupan laut akibat pencemaran alam sekitar. Karang laut meluahkan perasaan kpd sahabatnya, Lin ttg kemusnahan kehidupan batu karang akibat sikap manusia yg mencemarkan laut. Persoalan pencemaran alam akibat sikap manusia. Laut telah tercemar akibat sikap manusia yg membuang sisa kotoran ke laut. Persoalan ketamakan manusia yg mengakibatkan kemusnahan alam. Segelintir manusia spt. Caka sanggup membuang sisa kilang ke laut lalu memusnahkan karang laut. Persoalan penderitaan karang laut menghadapi ancaman kepupusan. Karang laut menderita apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah.
b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai kasih sayang. Pada masa lalu, nenek moyang manusia amat menyayangi karang laut dan menjaganya. Nilai setiakawan. Karang laut sentiasa mengingati Lin kerana mempunyai sifat setiakawan. Nilai simpati. Lin simpati terhadap nasib karang laut dan pernah membuat kajian ttg faedah karang laut kpd manusia. Nilai ketabahan. Karang laut tabah menghadapi penderitaan apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah. Nilai keadilan. Karang laut meminta Lin membela dan mendapatkan keadilan nasib karang laut.
c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah menyayangi alam sekitar. Pada masa lalu, nenek moyang manusia amat menyayangi karang laut dan menjaganya. Kita hendaklah prihatin terhadap kemusnahan alam. Lin prihatin terhadap penderitaan karang laut. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran. Karang laut tabah menghadapi penderitaan apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah. Kita janganlah tamak sehingga sanggup mencemarkan alam. Caka sanggup membuang sisa kilang ke laut yg memusnahkan batu karang. Kita janganlah mencuri karang laut. Segelintir manusia mencuri karang laut menyebabkan kepupusan karang laut. Kita hendaklah menghargai jasa. Lin menghargaijasa karang laut sbg sumber penawar penyakit HIV dan menyedut gas berbahaya kpd manusia.
d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Kami atau karang laut meluahkan perasaan kpd Lin, sahabat manusia ttg penderitaan karang laut yg diancam kemusnahan. Perkembangan. Karang laut menceritakan kpd Lin, ttg situasi kepupusan karang laut yg kian tidak terkawal. Kemuncak. Karang laut kesakitan dan mengharapkan pertolongan kerana pencemaran. Peleraian. Karang laut menghadapi ancaman maut kerana ada manusia yg sdg memasang bom menangkap ikan.
e) Huraikan perwatakan Kami.
Seorang yg penyayang. Karang laut amat menyayangi sesama sendiri. Seorang yg setiakawan. Karang laut sentiasa mengingati Lin kerana mempunyai sifat setiakawan. Seorang yg suka menolong/berjasa. Karang laut berjasa kpd manusia sbg sumber ubat/ menyedut gas berbahaya kpd manusia. Seorang yg tabah. Karang laut tabah menghadapi penderitaan apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah.
f) Huraikan perwatakan Lin.
Seorang yg penyayang. Lin amat menyayangi karang laut dan berusaha membela nasibnya. Seorang yg prihatin. Lin prihatin terhadap nasib karang laut yg musanh oleh pencemaran alam. Seorang yg menghargai. Lin menghargai jasa karang laut kepada manusia. Seorang yg tegas. Lin tegas membela nasib karang laut di peringkat antarabangsa. Seorang yg bijak. Lin bijak mengkaji dan membentangkan kajian ttg kepentingan karang laut.
g) Nyatakan manfaat/jasa karang laut.
Karang laut merupakan habitat ikan yg menjadi makanan manusia. Karang laut merupakan hutan tropika yg menyedut karbon dan gas berbahaya akibat kesan rumah hijau. Karang laut adalah sumber utk ubat AZT merawat pesakit HIV.
h) Nyatakan peristiwa yg menyebabkan penderitaan/kesedihan karang laut.
Ada manusia mencuri karang laut utk dijual sbg hiasan. Karang laut hilang tempat tinggal kerana habitat karang laut musnah oleh pencemaran. Kematian banyak karang laut yg disebabkan pencemaran laut. Caka membuang sisa kilang ke laut yg meracuni karang laut. Suhu laut meningkat menyebabkan penyakit dan kematian karang laut. Kapal selalu membuang sisa kotoran ke laut. Penerokaan hutan menyebabkan tanah merah terhakis dan mencemarkan air laut.
i) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.
Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dgn menggunakan ganti nama diri pertama “Kami”. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya bukan shj dapat menggambarkan aksi dan dialog watak utama. Bahkan, dapat menggambarkan pemikiran dan perasaan watak utama.
j) Nyatakan amalan/tindakan buruk manusia terhadap alam sekitar dlm cerpen.
Amalan mencuri karang laut utk dijual sbg hiasan. Amalan membuang sisa kotoran ke laut. Amalan membuang najis ke laut. Amalan membuang sisa kilang ke laut. Amalan mengebom ikan yg memusnahkan habitat hidupan laut. Amalan penerokaan hutan yg menyebabkan tanah merah terhakis dan mencemarkan air laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan