Mulai 2015, satu novel dipelajari iaitu Naratif Ogonshoto karya Dato' Anwar Ridhwan. Antologi teks moden (sajak, cerpen dan drama) ialah Kubentang Sebuah Peta. Teks tradisional pula ialah Nilai Insan.

Carian Blog Ini

Jumaat, 20 Januari 2012

Sajak Akar

Sajak  "Akar" karya Hilmi Rindu merupakan sajak yang perlu diberi perhatian. Sajak ini menyuntik kesedaran kepada kita, betapa besarnya peranan ibu bapa dan anak-anak harus memahami hakikat tersebut. Sajak ini memang menarik kerana gaya bahasanya padat sesuai dengan penyusunan idea dan gambaran yang ingin disampaikan oleh penyajak tentang ibu bapa.

AKAR

Ibu bapa adalah akar hidup kita
bukan sekadar tangga untuk naik dan turun
ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam
tanpa mereka kita tidak mengenal alam.

Akar bagi pohon adalah penentu kesuburan
meskipun tidak dirasa
akarlah yang mengutuhkan segala
ibu bapa bagi kita adalah penentu kewujudan
meskipun tidak dikenang
merekalah yang menyempurnakan jalan.

Anak-anak yang dikasihi
kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
mengasihi
sayangilah ibu bapa sebagaimana mereka
menyayangi
mereka tidak meninggalkan sedikit pun
kecuali rasa kasih sayang mereka
terhadap kita.

Ibu bapalah akar dalam kehidupan
yang meneguhkan pohon di mana pun
tempat tumbuh
rapuh akar maka rapuhlah hidup kita
mereka bukanlah sekadar tangga atau titian
mereka malah memberi tanpa mengharap
balasan.

Analisis Sajak
a) Gaya bahasa sajak.
Gaya bahasa pengulangan kata dimanfaatkan dengan ketara. Terdapat anafora (pengulangan kata pada awal baris), responsi (pengulangan kata pada tengah baris) dan repitisi (pengulangan kata).
Anafora - cth :
mereka bukanlah sekadar tangga atau titian
mereka malah memberi tanpa mengharap

Responsi - cth :
kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
mengasihi
sayangilah ibu bapa sebagaimana mereka
menyayangi

Repitisi kata- cth : rapuh akar maka rapuhlah hidup kita
Simbolik - cth : Akar, tangga, titian
Perbandingan terus - cth : Ibu bapa adalah akar hidup kita
Saya percaya pelajar tahu mengapa contoh itu bukan simile. Tentu sahaja kerana perkataan bandingan adalah yang digunakan bukannya, umpama, bak, atau seperti.

b) Tema sajak
Ada yang menganggap tema sajak itu ialah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak. Kita perlu mendalami emosi dan motif penyajak melalui cara penyampaiannya yang mengharapkan kita memahami hakikat kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dan seterusnya, menghargai mereka. Maka, tema yang tepat ialah penghargaan atau sanjungan terhadap kasih sayang/pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

c) Kemukakan nilai dalam sajak.
Nilai kasih sayang (kecuali rasa kasih sayang mereka), nilai tanggungjawab (merekalah yang menyempurnakan jalan dan nilai murah hati (mereka malah memberi tanpa mengharap balasan) jelas mendasari sajak ini.

Ahad, 21 Ogos 2011

Sajak Keberangkatan Ayah

Sajak karya Ratna Laila Shahidin ini memang menarik kerana ia mendapat hadiah utama sayembara dan panel sayembara menganggap sajak ini sama hebat dengan sajak Ke Makam Bonda karya SN Datuk Usman Awang. Nilai kasih sayangnya begitu kuat dan diperteguh dengan nilai ketuhanan. Isi sajak dan gaya bahasa sajak cukup menggetarkan perasaan.

Saat itu ayah pun berangkat
dengan mata pejam dan wajah tenang
meski selaut sedih bergelombang di dada
kami akur juga akhinya
kecintaan-Nya melebihi segala cinta

Setiap subuh rindu kami bergetar
pada bunyi telapak kasut ayah
mengejar subuh di surau sepi di kampung kami
pun kami akhirnya mengerti
kerinduan ayah pada-Nya melebihi
segala rindu

Pada saat keberangkatan itu
kami yakin perjalanan ayah lebih mudah
kerana ayah punya isteri tabah
dan anak menantu yang pasrah
mengiringi ayah kebaikan yang mewangi
di setiap cebisan pandan bertaburan
di atas pusara.

Meski ayah telah berangkat pulang
dia tetap di hati kami
dingin dahi ayah waktu kukucup
mudah-mudahan sesejuk itulah pusara ayah
penuh lapang dan bercahaya indah

Ayah, selamat bertemu Allah
semoga bertemu di syurga-Nya


1. Huraikan nada sajak (4 markah)
2. Huraikan tema sajak. (4 markah)
3. Huraikan gaya bahasa sajak. (8 markah)
4. Jelaskan tiga nilai murni dalam sajak (6 markah)

1. Nada romantis. Penyajak mengenang saat kematian ayahnya yang amat disayangi.
2. Tema sajak ialah kasih sayang seorang anak terhadap bapa. Ia menggambarkan sikap dan perasaan penyajak pada hari ayahnya meninggal dunia. Contohnya, Meski ayah telah berangkat pulang, dia tetap di hati kami.
3. Selain asonansi dan aliterasi, terdapat gaya bahasa berikut :
a) hiperbola - selaut sedih bergelombang di dada
b) inversi - dingin dahi ayah
c) personifikasi - mengiringi ayah kebaikan yang mewangi
d) anafora - di setiap cebisan pandan bertaburan
di atas pusara
4. Nilai murni : kasih sayang, ketabahan.
Nilai kasih sayang - dia tetap di hati kami
Nilai ketabahan - kerana ayah punya isteri yang tabah

Isnin, 30 Mei 2011

Hikayat Seri Kelantan Siri 2 - Contoh Soalan Esei

Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan :
(a)   Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut.    [10 markah]
(b)   Berikan dua sebab Siam menyerang Kerajaan  Sultan Abdullah.  [4 markah]
(c)   Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sa’dung.  [6 markah]

Skema Jawapan
a)  latar Masyarakat
i. Masyarakat istana  1 markah
Cth : Raja Ibrahim/ Puteri Sa’dung/Sultan Abdullah    1 markah
ii.Masyarakat yang mempercayai bomoh/nujum/taib    1 markah
Cth : Raja Siam memanggil bomoh-bomoh untuk
mengubati penyakit kayap dada Raja Siam.        1 markah
iii. Masyarakat yang terlalu mengikut nafsu        1 markah
Cth : Raja Abdullah memancung leher Puteri Sa’dung kerana marah /Raja Siam menyerang
Kota Jelasin  kerana inginkan Puteri Sa’dung     1 markah   
iv. Masyarakat yang setia/menjaga maruah             1 markah
Cth :  Puteri Sa’dung tidak mahu bersuamikan
Raja Siam kerana dia isteri Raja Abdullah        1 markah
v.Masyarakat bawahan           1 markah
Cth : Tentera /hulubalang/ rakyat jelata     1 markah
                                    
b)Nyatakan dua sebab Siam menyerang kerajaan Raja Abdullah
i.Ingin memiliki Puteri Sa’dung/membawa Puteri Sa’dung ke Siam   2 markah
ii.Utusan Siam dimalukan oleh Raja Abdullah    2 markah

c)Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sa’dung
i.Kehebatan bermain senjata        2 markah
ii.Jampi serapah /serampah pinang Puteri Sa’dung menyebabkan penyakit kayap di dada Raja Siam       2 markah
iii.Dapat memindahkan Kota Jelasin semasa dikepung tentera Siam    2 markah
iv.Hidup semula setelah disapukan air mawar    2 markah

Technorati Code - BPVVGM92VN4R

Isnin, 28 Mac 2011

Drama Menggapai Pelangi

1. Baca  petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Zahid  :   (Terperanjat) Aik… setahu aku rumah tangga kau tidak ada masalah.Selama ini bukankah hidup bahagia? Isteri kau Norhayati kan seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula. Masalah apa pula lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swata, jika ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas. Apa kata kita bincang sedikit. Engkau tu kawan aku, tapi dalam kerja, kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kaufaham maksud aku.

(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi” teks Anak Global.)

 i.    Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perwatakan Hayati. 4m

2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Imran :   Waktu kami di universiti dulu. Ketika itu kami sedang bermotosikal ke Petaling Jaya, nak pergi mana. Masa itu abang bawa motor ikut perasaan dan hati muda. Apabila sudah berlaku, baru menyesal. Tapi dah tak berguna, dah sakit dan cacat.Nasib baik tak habis terus.

Norhayati    :   (Sebak) Abang, kerana abang suami Yati, ayah kepada anak Yati… dan jujur memberitahu apa yang sudah  berlaku, Yati maafkan abang. Yati maafkan abang. Yati faham semuanya itu bukan kehendak abang, tetapi sudah takdir….

Imran :  Terima kasih, Yati… abang bersyukyur Yati percaya cakap abang.Demi Allah, apa-apa yang abang katakana ini betul, Yati.

(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi” teks Anak Global.)

i.Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.    4m

3.  Berdasarkan drama Menggapai Pelangi, huraikan;

a.Dua latar masa    ( 4 markah )
b.Empat pengajaran ( 8 markah )
c.Dua teknik plot  (  8 markah )

Skema Jawaban

1.Perwatakan Hayati
i.Baik                              
ii.Penyayang                          
iii.Warak                              
iv.Cantik                                  
                              
2.Latar Mayarakat
i.Masyarakat yang suka mengikut perasaan 
iiCth:Imran memandu laju menyebabkan dia mengalami kemalangan jalan raya
iii.Masyarakat yang jujur/ suka berterus terang
iv.Cth:Imran menceritakan hubungannya dengan Norasma kepada Hayati      
v.Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain
vi.Cth: Hayati memafkan kesalahan Imran          
vi.Masyarakat yang bersyukur                      
vii.Cth:Imran bersyukur kerana Yati memaafkan dan mempercayainya   

3. Tiga latar masa
i)Pada waktu pagi                             
ii)   Perbualan telefon Imran bersama dengan rakannya Nazmi. 
Norasma bertemu dengan Dr. Mona juga pada waktu pagi untuk  mendapatkan rawatan di samping nasihat agar Norasmah menjadi lebih tabah dalam mengahadapi kehidupannya.               
iii)  Pada waktu tengah hari 
iv) Perjumpaan Imran dengan Norasma.Mereka telah berjanji untuk bertemu pada jam 12.30 tengah hari semasa perbualan telefon
v)  Pada waktu petang  
vi) Berdasarkan perbualan Imran dan Norhayati ketika mereka lewat pulang ke rumah. Menerusi perbualannya, Norhayati terperanjat apabila  mendapat tahu imran tidak menjengok ananya, Hasnita yang ditinggalkan di rumah sejak dari pagi.
vii) Pada waktu  malam
viii) Semasa berjumpa dengan isterinya dikampung Imran memaklumkan  bahawa Norasamah akan bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada malam esok.    

3b.    Tiga pengajaran
i) Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan
ii) Misalnya menerusi drama ini, Imran bukan sahaja seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab keluarganya, malah Imran sanggup bertanggungjawab terhadap janjinya bermasa Norasmah pada suatu ketika dulu.
iii)  Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.   
iv)   Contohnya, Norhayati merupakan seorang isteri yang tabah dalam menghadapi dugaan sebagai seorang isteri.Dia tabah menerima keputusan Imran dan berserah kepada takdir
v) Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain
vi) Contohnya, Norhayati merupakan seorang ibu yang sangat penyayang. Dia begitu risau apabila memikirkan tentang anaknya, Hasnita yang ditinggalkan sejak dari awal pagi lagi.
vii) Kita hendaklah prihatin terhadap individu disekeliling kita
viii) Misalnya, Dr. Mona dan Zahid merupakan insan yang prihatin terhadap masalah rakan-rakannya. Keprihatinan itu telah membuatkan mereka membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Norhayati dan Imran.
ix) Kita hendaklah hormat menghormati antara satu sama lain
x)    Misalnya,  Norhayati telah memberikan layanan yang baik kepada  tetamunya, Dr. Mona yang datang bertandang ke rumahnya. Selain itu,  Norhayati juga menghormati apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh suaminya.

3c.Dua Teknik Plot

i) Imbas Kembali
ii) Imran teringat semula peristiwa kemalangan yang dialaminya bersama dengan Norasmah setelah menerima panggilan telefon daripada Norasmah
iii) Saspens
iv)  Imran telah menyatakan pendiriannya kepada Norhayati bahawa dia tidak jadi berkahwin dengan Norasmah kerana masing-masing telah memilih jalan hidup sendiri sewaktu berada di kampung.
v) Teknik Dialog
vi)  Contoh:  Norasmah telah menghubungi Imran buat pertama  kalinya setelah lama berpisah telah menyebabkan terjalin semula  hubungan antara watak
vii)Teknik Monolog
viii)  Dalam drama ini, Imran telah bermonolog ketika kekasih lamanya  menelefonnya dan dia mula terfikirkan janjinya. Dalam masa yang sama,dia terfikir akan keluarganya.

Jumaat, 25 Mac 2011

Hikayat Seri Kelantan Siri 1 - Struktur dan Esei

BAHAGIAN SATU (SOALAN STRUKTUR)
1.Itulah Raja yang memerintah negeri, terlalu besar kerajaannya. Maka Encik Siti tiada beranak dan berlaki Adapun nama negeri pada masa itu Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Maka lepas daripada simpan serta dikuburkan itu, lalu turunlah pula ke perahu mudik ikut sungai itu lalu sampai Pekalang Gaung.
Maka lalu orang ramai- ramai pun muafakat hantar Tuan Puteri Sa’dung naik ke Bukit Marak itu.
Maka Tuan Puteri Sa’dong itu dipanggil orang kampung di situ; oleh orang ramai- ramai pergilah. Lalu Tuan Puteri Sa’dung pun suruh orang ramai- ramai itu bawa pergilah tanam di Tambak.

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan latar tempat yang terlibat dalam Hikayat Seri Kelantan.  (4 markah)

2.Maka Sultan Abdullah tidak peduli seperti kehendak Tuan Puteri Sa’dung itu. Maka tiada berapa lamanya lalu berbalah Tuan Puteri Sa’dung itu dengan Sultan Abdullah. Maka berkelahilah keduanya itu. Maka Sultan Abdullah pun naiklah kemarahan yang amat sangat kepada Tuan Puteri Sa’dung itu serta diambil pedang lalu dipancung, kenalah leher Tuan Puteri Sa’dung itu.
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional   Hikayat Seri Kelantan teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

Berdasarkan petikan di atas, tuliskan perwatakan Sulatan Abdullah beserta contoh.
(4 markah)

3. Maka tatkala itu sekalian kelanggaran pun mustaidlah semuanya, lalu raja- raja dan menteri hulubalang dan askar sekalian pun menujulah jalan sebelah selatan itu. Maka berjalanlah sekalian itu. 
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional   Hikayat Seri Kelantan teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Berdasarkan petikan di atas, berikan gaya bahasa beserta contoh.  (4 markah)

4.    “Demikian lagi adinda mendengar daripada orang tua- tua, demikianlah katanya; hutang budi dibayar budi hutang darah dibayar darah hutang malu dibayar malu hutang mati dibayar mati. Tetapi adinda ini tiada upaya hendak membalas budi kekanda kerana paduka adinda ini seorang perempuan yang tiada berguna kepada orang. MAka mujurlah segala sekalian inang dayang tolong hidupkan, jikalau inang dayang tidak tolong, tetntu mati tiada boleh pandang mata paduka kekanda ini lagi”
(dipetik daripada prosa Melayu  Tradisional   Hikayat Seri Kelantan teks  Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas?   (4 markah)

BAHAGIAN DUA (SOALAN ESEI)
1.“Hai sekalian inang dayang pengasuh Tuan Puteri Sa’dung janganlah kamu teriak menangis kerana Tuan kamu telah mati. Apalah kesudahan kamu sekalian tiada simpan Tuan kamu itu jikalau kamu duduk menangis; adakah masakan hidup lagi?
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional   Hikayat Seri Kelantan teks  Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Berdasarkan petikan di atas:
i)Siapakah penutur dalam petikan tersebut?      2 markah)
ii)Apakah yang berlaku selepas dialog tersebut dituturkan?  (8 markah)

2.Huraikan watak dan perwatakan Tuan Puteri Sa’dung dalam cerita Hikayat Seri Kelantan.  (10 markah)

SKEMA JAWAPAN

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR

1)Latar Tempat:
i)Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
ii)Pekalang Gaung.
iii)Bukit Marak
iv)Tambak.

2)Perwatakan Sultan Abdullah:
i)Pemarah contohnya dia memarahi Tuan Puteri Sa’dung dengan suara yang kuat walaupun dia mengetahui bahawa Tuan Puteri Sa’dung tidak bersalah.
ii)Kejam contohnya dia memancung kepala Tuan Puteri Sa’dung sehingga terputus dua walaupun Tuan Puteri Sa’dung adalah isterinya.

3)Gaya bahasa:
i)Kata ganda contohnya raja- raja.
ii)Penggunaan perkataan asing iaiatu bahasa Arab contohnya mustaidlah.

4)Nilai yang terdapat dalam petikan:
i)tolong menolong contohnya inang dan dayang- dayang telah menolong menghidupkan Tuan Puteri Sa’dung yang dibunuh oleh Sultan Abdullah.
ii)membalas budi contohnya Tuan Puteri Sa’dung sentiasa mengenang dan mahu membalas budi Sultan Abdullah tetapi dia tidak menyangka bahawa Sultan Abdullah sanggup mengkhianatinya dan membunuhnya.

JAWAPAN SOALAN ESEI

1)i)  Penutur dalam petikan ialah Sultan Abdullah.
iii)Selepas dialog tersebut dituturkan, semua inang dayang pengasuh berjumpa dan bermesyuarat untuk mencari jalan menghidupkan kembali Tuan Puteri Sa’dung. Mereka sangat terkejut tindakan Sultan Abdullah yang sanggup memancung kepala Tuan Puteri Sa’dung  sehingga putus dua. SAlah seorang dariapda inang dayang pengasuh berkata bahawa sebelum Encik Siti meninggal dunia, dia telah mengurniakan kesaktian kepada Tuan Puteri Sa’dung sebagai pertahanan apabila dia ditimpa bencana. Mereka terus berfikir di manakah kesaiktian tersebut disembunyikan. Inang yang busu  tiba- tiba teringat akan kata – kata Tuan Puteri Sa’dung semasa hayatnya. Tuan Puteri SA’dung menyatakan bahawa sekiranya dia mati berdarah, dia menyuruh supaya diambilkan satu jembul di dalam sanggul Tuan Puteri dan sirami jembul itu dengan air mawar kerana ia mampu menyembuhkan luka dan mencantumkan anggota yang telah terputus.

2)Watak dan perwatakan Tuan Puteri Sa’dung ialah
i)Tuan Puteri merupakan watak utama dalam cerita Hikayat Seri Kelantan.
ii) wataknya ialah watak protagonis.
 seorang yang patuh kepada arahan contohnya dia sanggup berkahwin dengan Sultan Abdullah dengan arahan Encik Siti walaupun Tuan Puteri tidak mengenali hati budi Sultan Abdullah.
iii)seorang yang berani contohnya dia sanggup menentang Sultan Abdullah dan membunuhnya kerana Sultan Abdullah telah menduakannya tanpa pengetahuan Tuan Puteri.
iv)seorang yang bermurah hati contohnya selepas kemangkatan Sultan Abdullah, Tuan Puteri telah memberikan istana kepunyaannya kepada isteri muda Sultan Abdullah dan Tuan Puteri telah berpindah ke Bukit Marak.
v)seorang yang penyayang contohnya Tuan Puteri sangat menyayangi inang dan dayang- dayang pengasuhnya kerana mereka sanggup menolong dan membantu Tuan Puteri semasa dalam kesusahan.