1. Persoalan seorang anak yang insaf menderhaka kepada ibu bapa.
2. Persoalan seorang ibu tunggal yang gigih menyara hidup keluarga.
3. Persoalan rakyat yang patuh kepada raja.
4. Persoalan masyarakat yang bertindak melanggar undang-undang.
5. Persoalan mat rempit yang mengganggu ketenteraman.
Apakah kesilapan yang dilakukan? Ya, perkataan seorang. atau ganti nama. Kata seorang atau ganti nama itu kita gunakan apabila menghuraikan perwatakan watak. Persoalan bukan watak. Persoalan merujuk isu yang diutarakan dalam karya. Maka, isu yang perlu dinyatakan dahulu. Oleh itu, pelajar seharusnya menulis seperti berikut :
1. Persoalan keinsafan anak yang derhaka terhadap ibu bapa.
2. Persoalan kegigihan dalam menyara keluarga.
3. Persoalan ketaatan rakyat kepada raja.
4. Persoalan sikap suka melanggar undang-undang.
5. Persoalan gangguan ketenteraman oleh mat rempit.
Kata kerja juga bukan menggambarkan isu atau persoalan tetapi kata nama. Bagaimanapun, adakalanya ada kata kerja juga boleh berdiri sebagai kata nama. Contohnya : cinta. Persoalan cinta akan tanah air diterima kerana dalam bahasa Melayu normatif, jarang kita berbahasa menggunakan frasa- kecintaan akan tanah air.
Begitu juga, dalam bahasa Melayu normatif, jarang kita temukan persoalan penepatian janji, maka frasa persoalan menepati janji adalah diterima. Jelasnya, terdapat frasa kerja yang boleh diterima sebagai persoalan mengikut norma pengunaan normatif bahasa Melayu.
Bagaimanapun, kekecualian adalah kes-kes terpencil.
Sebab pada kelazimannya, kita menggunakan perkataan tertentu bagi mengubah frasa kerja menjadi frasa kata nama. Berikut ialah contoh-contoh lazim yang boleh menjadi panduan pelajar.
1. Persoalan menghormati tetamu. (kurang tepat)
Persoalan amalan menghormati tetamu.(tepat)
2. Persoalan berjudi dalam masyarakat (kurang tepat)
Persoalan perjudian /aktiviti judi dalam masyarakat (tepat)
3. Persoalan menzalimi orang miskin. (kurang tepat)
Persoalan kezaliman terhadap orang miskin. (tepat)
Begini juga, tepat apabila isu yang diutarakan oleh karyawan melibatkan sebab-akibat.
4. Persoalan penderitaan hidup akibat kemiskinan.(tepat)
5. Persoalan kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan. (tepat)
6. Persoalan kesusahan hidup akibat wabak penyakit. (tepat)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan