Terbang naik berlegar-legar,
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali,
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bulan membeli.
Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga,
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.
Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki,
Mengapa takut masuk berniaga,
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Rangkap 2 Pembeli menolak kerana belum berniat untuk mendapatkan barangan tersebut.
Rangkap 3 Penjual mengatakan pelanggan bukan seorang yang berani kerana takut membeli barang jualannya.
Rangkap 4 Peniaga bertanya sama ada pelanggan takut membeli barangan kerana kurang sifat kelelakian/keberanian.
Rangkap 5 Peniaga mencabar pembeli supaya membeli makanan jualannya dengan mengatakannya kedekut.
Rangkap 6 Peniaga mencabar pembeli dgn mengatakan pembeli bimbang wangnya akan habis sedangkan barangnya baik.
Rangkap 7 Peniaga mencabar pembeli kerana berdiam diri dan mungkin bimbang kehabisan wang jika membeli barangnya.
Rangkap 8 Pembeli menyatakan ia bukan kedekut atau lemah tetapi belum berhajat kepada barangan yang dijual.
Rangkap 9 Pembeli menjelaskan bahawa keinginan dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa oleh peniaga.
Huraikan bentuk pantun.
Puisi ini berangkap. Puisi ini terdiri daripada 9 rangkap. Bilangan baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 3 hingga 5 patah perkataan setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 8 hingga 11 suku kata setiap baris. Terdapat jeda di tengah baris. Cth : Mari encik/marilah tuan. Rima akhir puisi adalah berselang. Rima akhir pantun ialah abab. Puisi berbentuk terikat kerana rima akhir berselang abab. Puisi ini mempunyai pembayang dan maksud. Baris pertama dan kedua adalah pembayang manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud.
Huraikan pengajaran.
Kita hendaklah berbudi
bahasa/menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada pelanggan/menghormati pelanggan.
orang lain. Cth: Mari encik marilah tuan.
Penjual/Kita janganlah biadab/bercakap
kasar/mencabar pelanggan. Cth : Bukan panglima
rupanya tuan. Penjual/Kita janganlah memaksa pelanggan untuk membeli/menghina
pelanggan. Cth : Kedekut sungguh tuan nak makan.
Penjual/Kita hendaklah
mengambil hati/memujuk pelanggan dengan baik. Cth: Hati tak dapat dijual beli.
Terangkan nilai kemanusiaan/murni.
Nilai kesopanan. Cth :
Mari encik marilah tuan.
Nilai hormat-menghormati. Cth : Minta maaf belum berhajat.
Nilai
kasih sayang. Cth: Kasih bukan barang berniaga.
Nilai keberanian. Cth : Mengapa takut masuk
berniaga.
Huraikan tema dan persoalan Pantun Kasih Jualan.
Persoalan – Persoalan sikap negatif penjual dalam mendapatkan jualan. Cth: Kedekut sungguh tuan nak makan, Makanan baik tidak terbeli.
Persoalan kesabaran dalam menghadapi sikap buruk orang lain. Cth : Bukan kedekut, bukannya lemah, Cuma hati belum berkenan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan