Mulai 2015, satu novel dipelajari iaitu Naratif Ogonshoto karya Dato' Anwar Ridhwan. Antologi teks moden (sajak, cerpen dan drama) ialah Kubentang Sebuah Peta. Teks tradisional pula ialah Nilai Insan.

Carian Blog Ini

Khamis, 23 September 2021

Air Mata Dalang : Pembangunan Insan

 Huraikan dua keunggulan watak Nora.

Cinta akan warisan kesenian bangsa. Nora mempelajari ilmu dalang wayang kulit supaya kerana ingin mengekalkan kesenian tradisi bangsa. 

Gigih menuntut ilmu. Nora gigih mempelajari ilmu dalang wayang kulit daripada Pak Yasok, siang dan malam selama tiga bulan.

Berani melakukan perubahan. Nora berani menjadi dalang wayang kulit walaupun tiada kaum wanita menjadi dalang wayang kulit sebelumnya.


 Huraikan dua keunggulan watak Pak Yasok.

Cinta akan warisan kesenian bangsa. Pak Yasok sedia mengajarkan ilmu dalang wayang kulit kepada sesiapa jua kerana ingin mengekalkan kesenian tradisi bangsa. 

Gigih mencari rezeki untuk keluarga. Pak Yasok gigih mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarganya.

Memaafkan kesalahan orang lain demi keharmonian keluarga. Pak Yasok memaafkan kesalahan menantunya Faezah yang bersikap biadab dengannya demi penyatuan keluarga.

Taat pada ajaran agama. Pak Yasok taat mengerjakan ibadat sebagai orang Islam seperti solat, puasa dan berzakat serta solat jemaah di masjid.


Selasa, 7 September 2021

Hang Tuah : Kehebatan dan Kepemimpinan Watak

 Hang Tuah merupakan tokoh sastera epik. Jelaskan kehebatan watak.

Mahir seni pertahanan diri dan menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.  

Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Mempunyai kemahiran diplomatik. Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Mempunyai ilmu kesaktian. Dia membaca pustaka, sehingga menyebabkan bedil kapal pendekar Jepun tidak meletup, hanya berasap sahaja. 

Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Huraikan ciri kepimpinan pada watak Hang Tuah.

Pemimpin yang berani menyahut cabaran dan menentang musuh.
Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Pemimpin yang bijak menangani situasi. Hang Tuah bijak bertindak menghalang dan menewaskan pendekar Jepun yang cuba membunuh Phra Cau. Hang Tuah bijak bertindak membaca pustaka untuk menghalang serangan bedil pendekar Jepun.

Pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan berkesan. Hang Tuah dapat berkomunikasi dengan baik apabila menghadap Phra Cau, Raja Siam sebagai wakil utusan Raja Melaka.Raja Siam kagum dengan kemampuannya berbahasa Siam dan kesopanan dirinya.

Pemimpin yang bertanggungjawab terhadap tugas.Hang Tuah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam untuk dibawa balik ke Melaka.

Pemimpin yang mempunyai kemahiran diplomatik dalam urusan antara negara.
Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Pemimpin yang mahir pelbagai bahasa. Selain bahasa Melayu, Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Rabu, 1 September 2021

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah : Pembangunan Insan

 Watak utama cerpen ini boleh dijadikan teladan anak yang baik. Terangkan.(8 markah) 

Watak utama cerpen ialah Averah. Averah amat menyayangi ayah dan ibu. Dia berasa sedih apabila ibunya meninggal dunia dan selalu meluangkan masa untuk menemani ayahnya. 

Averah sanggup berkorban untuk ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Averah taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Averah taat kepada ibu bapa. Averah taat permintaan abah untuk memasak gulai sembilang kegemaran abah


Sanjungan terhadap watak Averah. (8 markah) 

Sanggup berkorban untuk ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Bertanggungjawab menjaga ibu bapa. Averah sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah dan memasak gulai sembilang kegemaran abah.

Mementingkan pelajaran demi masa depan. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.

Selasa, 24 Ogos 2021

Cerpen Air Mata Dalang : Unsur Keagamaan

Huraikan unsur keagamaan dalam cerpen Air Mata Dalang.

Institusi berunsurkan keagamaan. Masjid dan surau. Orang kampung bersolat berjemaah di masjid dan surau.

Amalan berunsurkan keagamaan. Amalan solat, puasa dan zakat. Pak Yasok bersolat, berpuasa dan membayar zakat.

Gelaran berunsurkan keagamaan. Gelaran imam dan lebai. Imam dan pak lebai tidak menghina pekerjaan Pak Yasok sebagai dalang wayang kulit malahan mereka berkunjung ke rumahnya.


Khamis, 19 Ogos 2021

Cerpen Rindu Seorang Rafik

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Ikatan persahabatan yg utuh menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib menyepikan diri. Aku terasa kehilangan apabila Rosa menyepikan diri selama tiga bulan tanpa membalas panggilan telefon, surat dan e-mel Aku.  Persoalan kesabaran menghadapi karenah orang lain. Aku  sabar  menghadapi  karenah  Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Persoalan semangat  patriotik yang tinggi dalam diri. Aku cinta akan tanah air dan percaya  Pulau Batu Putih adalah hak kedaulatan Malaysia yang mesti dipertahankan. Persoalan sikap amanah dalam menjalankan tugas. Aku bersikap amanah dalam menjalankan tugas wartawan iaitu menyampaikan kebenaran. 


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kesabaran. Aku sabar menghadapi  karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Nilai bertanggungjawab. Aku menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab sbg wartawan. Nilai setiakawan. Aku   mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa yang menyepikan diri kerana tidak mahu kehilangan kawan. Nilai patriotik. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Malaysia yang mesti dituntut.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah sabar menghadapi kerenah kawan. Aku sabar menghadapi  karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas. Aku menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab sbg wartawan. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan. Aku  mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa yang menyepikan diri kerana tidak mahu kehilangan kawan. Kita hendaklah cinta akan tanah air. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak kedaulatan Malaysia yang mesti dipertahankan.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Aku/Rafik Mustaqim merindui Rosa yg menyepikan diri setelah berselisih pendapat ttg hak kedaulatan Pulau Batu Putih. Perkembangan. Aku berusaha menghubungi Rosa dgn telefon, e-mel, surat dan pergi ke rumah Rosa di Singapura tetapi gagal menemuinya. Kemuncak. Aku kian jauh/sukar utk menghubungi Rosa kerana ditugaskan ke Belanda untuk membuat liputan berita ttg tuntutan kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan. Peleraian. Aku gembira menerima e-mel drp Rosa tetapi tidak menyangka Rosa mempunyai perasaan cinta terhadapnya.


e) Huraikan perwatakan Aku.

Seorg yg penyabar. Aku sabar dgn karenah Rosa yg menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. Seorg yg bertanggungjawab. Aku menjalankan tugas dgn amanah/bertanggungjawab sbg wartawan. Seorg yg setiakawan. Aku mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa kerana tidak mahu kehilangan kawan. Seorang yg patriotik. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Malaysia yang mesti dituntut.


f) Huraikan perwatakan Rosa.

Seorang yg patriotik. Rosa cinta akan negaranya dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Singapura. Seorang yg sensitif. Rosa sensitif terhadap situasi/kata-kata kerana dia seorang anak seni khususnya seni tari. Seorang yg tegas pendirian. Rosa tegas mempertahankan pendapatnya apabila berbincang dgn Aku. Seorang yg penyayang. Rosa menyayangi Aku lebih daripada perasaan sbg sahabat. 


g) Huraikan latar masyarakat.

Msykt yg patriotik. Aku dan Rosa cinta akan negara dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak negara masing-masing. Msykt yg setiakawan. Aku dan Rosa mempunyai semangat setiakawan dalam persahabatan. Msykt yg tegas pendirian. Aku dan Rosa tegas mempertahankan pendapat masing-masing apabila berbincang. Msykt yg menncintai seni budaya. Aku dan Rosa meminati bidang seni. Msykt yg penyayang. Aku dan Rosa saling menyayangi antara satu sama lain.


h) Huraikan latar tempat.

Lapangan Terbang Changi. Aku menaiki kapal terbang yg mendarat di Lapangan Terbang Changi. Apartmen Rosa di Woodlands Avenue. Aku pergi ke rumah Rosa untuk berjumpa dengannya. Singapura. Aku ditugaskan mendapatkan skop berita Pulau Batu Putih di Singapura. Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Aku dan Rosa bertemu pertama kali di sana. Belanda. Aku membuat liputan berita ttg kedaulatan Pulau Sipadan di Belanda. Hotel. Aku menerima e-mel drp Rosa di hotel penginapannya di Belanda. 


i) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.

Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dgn menggunakan ganti nama diri pertama “Aku”. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya bukan shj dapat menggambarkan aksi dan dialog watak utama. Bahkan, dapat menggambarkan pemikiran dan perasaan watak utama.


j) Huraikan alasan-alasan bhw Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia.

Aktiviti mengawal pengutipan telur penyu dijalankan sejak tahun 1914 oleh pihak Great Britain. Pada 1933, Malaysia telah mewujudkan taman perlindungan burung di Sipadan.  Rumah api telah didirikan oleh Kerajaan British Borneo Utara dan diselenggara oleh kerajaan Malaysia.


Selasa, 17 Ogos 2021

Cerpen Bukit Emas

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Kepentingan mempertahankan alam semula jadi daripada pembangunan yang merugikan. Sahat mempertahankan pokok buah-buahan  Kampung Kuah daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari. 

Persoalan keberanian dalam menegakkan kebenaran. Sahat berani menjelaskan kebenaran ttg Penghulu Sudin yang menipu bahawa orang kampung setuju menjadikan Kampung Kuah sebagai tapak kuari. Persoalan keinsafan akan kesalahan terhadap orang lain. Tahot, Ayub dan Kasim insaf akan kesalahan mereka menakut-nakutkan Sahat. Persoalan salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Penghulu Sudin menyalahgunakan kuasa untuk mendapat habuan material daripada Encik Lim jika Kampung Kuah dijadikan tapak kuari.

b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai keberanian. Sahat berani menentang Penghulu Sudin yang menipu bahawa orang kampung setuju menjadikan Kampung Kuah sebagai tapak kuari. Nilai kebijaksanaan. Sahat mempunyai kelulusan sarjana dan menjadi pensyarah sambilan.  Nilai keinsafan. Tahot, Ayub dan Kasim insaf akan kesalahan mereka terhadap Sahat. Nilai rasional. Encik Firdaus mengambil keputusan membatalkan pembukaan kuari di Kampung Kuah setelah berfikir secara rasional akan masa hadapan dusun buah-buahan. Nilai patriotik. Sahat dan penduduk kampung mengagumi keenakan durian Bukit Emas dan berharap durian Bukit Emas dapat dipasarkan ke peringkat dunia.

c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah berani mempertahankan kebenaran. Sahat berani menentang Penghulu Sudin yg menipu bhw orang kampung setuju menjadikan Kampung Kuah sbg tapak kuari. Kita haruslah mempertahankan alam semula jadi daripada pembangunan yang merugikan. Sahat mempertahankan dusun buah-buahan daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari. Kita hendaklah insaf apabila melakukan kesalahan. Tahot, Ayub dan Kasim insaf akan kesalahan mereka memusuhi Sahat. Kita janganlah menyalahgunakan kuasa utk kepentingan diri sendiri. Penghulu Sudin menyalahgunakan kuasa untuk mendapat habuan material daripada Encik Lim jika Kampung Kuah dijadikan tapak kuari.

d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Sahat mengusahakan dusun buah-buahan di Kampung Kuah. Perkembangan. Penghulu Sudin mengadakan randau untuk membincangkan persetujuan orang kampung terhadap projek kuari di Bukit Emas. Kemuncak. Sahat membantah ucapan YB Firdaus berkaitan Bukit Emas yang bakal dijadikan tapak kuari. Peleraian. YB Encik Firdaus membatalkan projek membuka tapak kuari di Bukit Emas.

e) Huraikan perwatakan Sahat.

Seorang yg patriotik. Sahat mengagumi keenakan durian Bukit Emas dan berharap durian Bukit Emas dapat dimajukan serta dipasarkan sehingga ke peringkat dunia. Seorang yg bijak. Sahat mempunyai kelulusan sarjana dan menjadi pensyarah sambilan. Seorang yg berani. Sahat berani menentang Penghulu Sudin yang menipu bahawa orang kampung setuju menjadikan Kampung Kuah sebagai tapak kuari. Seorang yg pemaaf. Sahat memaafkan kesalahan Ayub dan Tahot kepadanya.

f) Huraikan perwatakan Penghulu Sudin.

Seorang yg mementingkan diri sendiri. Penghulu Sudin menyalahgunakan kuasa untuk mendapat habuan material daripada Encik Lim jika Kampung Kuah dijadikan tapak kuari. Seorang penipu. Penghulu Sudin sanggup menipu YB Encik Firdaus bhw orang kampung setuju membangunkan tapak kuari di Kampung Kuah. Seorang yg kejam. Penghulu Sudin pernah memfitnah Pak Jaya sehingga digugurkan sebagai calon penghulu kampung Kuah. Seorang yg pemarah. Penghulu Sudin berasa marah apabila Imam Hj. Ali dan Bilal Hj. Amid memintanya melupakan hasrat membangunkan kuari di kampung Kuah.

g) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat yg simpati akan kesusahan org lain. Org kampung simpati terhadap Pak Jaya yang difitnah oleh Penghulu Sudin/Org kampung datang menziarahi Penghulu Sudin apabila ia sakit. Msykt yg insaf akan kesalahan diri. Tahot, Ayub dan Kasim insaf akan kesalahan mereka memusuhi Sahat. Msykt yg bermuafakat. Penduduk Kampung Kuah sering menghadiri randau apabila ingin memutuskan keputusan bagi isu penduduk kampung. 







Cerpen Res Judicata

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Usaha untuk mendapatkan keadilan hak pengguna. Seorang peguam menyaman KTN kerana koc syarikat pengangkutan KTN telah terlambat, menyebabkannya terlepas penerbangan dan terlepas peluang menghadiri mesyuarat berkaitan kontrak bernilai 27 juta ringgit di Indonesia. Persoalan kepentingan amalan menepati masa. Tren KTN tidak menepati masa menyebabkan peguam terlepas penerbangan ke Indonesia. Persoalan kepentingan perkhidmatan pengangkutan awam yg efisien. Peguam menyatakan bhw tujuan utama samannya adalah mengharapkan syarikat pngangkutan awam mengutamakan perkhidmatan yg cekap dan efisien.


b) Nyatakan maksud res judicata dan contoh berdasarkan cerpen.

Res judicata adalah istilah undang-undang yg bermaksud hal yg telah selesai diperdebatkan dan telah diputuskan. Saman oleh peguam sebanyak RM 27 juta dianggap tiada asas kerana saman bagi kerugian yg berangkai adalah tidak diterima oleh undang-undang.


c) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai keadilan. Seorang peguam menunutut keadilan dgn menyaman KTN yg gagal menepati masa perkhidmatan. Nilai bertanggungjawab. Peguam berasa bertanggungjawab menuntut hak supaya syarikat pengangkutan awam memberi pekhidmatan yg efisien. Nilai keberanian. Peguam berani berjuang mendapatkan keadilan hak pengguna. Nilai kegigihan. Peguam gigih berjuang mendapatkan keadilan terhadap kerugian yg dialaminya. Nilai rasional. Peguam mempunyai rasional terhadap tindakannya menyaman pihak KTN.


d) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah bertanggungjawab dlm memberikan perkhidmatan. Syarikat pengangkutan awam perlu memberi perkhidmatan yg efisien kpd pengguna. Kita hendaklah gigih berusaha dalam sesuatu perkara. Peguam gigih berjuang mendapatkan keadilan terhadap kerugian yg dialaminya. Kita hendaklah memahami undang-undang. Peguam yg faham undang-undang dapat mengemukakan tuntutan kerugian di mahkamah. Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan. Peguam mempunyai rasional terhadap tindakannya menyaman pihak KTN.

e) Huraikan perwatakan peguam.

Seorang yg gigih. Peguam gigih berjuang mendapatkan keadilan terhadap kerugian yg dialaminya. Seorang yg bertanggungjawab. Peguam berasa bertanggungjawab menuntut hak supaya syarikat pengangkutan awam memberi pekhidmatan yg efisien. Seorang yg berani. Peguam berani berjuang mendapatkan keadilan hak pengguna. Seorang yg rasional. Peguam mempunyai rasional terhadap tindakannya menyaman pihak KTN.


f) Nyatakan tujuan/ rasional peguam mengemukakan saman terhadap sykt pengangkutan awam.

Memastikan sykt pengangkutan awam menepati masa perkhidmatan mereka.
Memberikan amaran kpd semua sykt pengangkutan awam supaya memberi perkhidmatan yg efisien.
Mengelakkan kerugian kpd penumpang sykyt pengangkutan awam.
Memastikan sykt pengangkutan lebih bertanggungjawab terhadap kualiti pekhidmatan.


Selasa, 10 Ogos 2021

Drama Anna

a) Jelaskan persoalan dalam drama.
Persoalan semangat patriotik yg tinggi. Zaki pulang utk berbakti kepada negara setelah tamat belajar di England. Persoalan kasih sayang anak thdp ibu. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah yg sakit. Persoalan sikap suka membantu orang lain. Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Persoalan tanggungjawab anak kpd ibu.  Zaki prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga ibunya, Mak Munah yg sakit.

b) Huraikan nilai murni dalam drama.
Nilai patriotisme. Zaki mempunyai semangat patriotik dan ingin berusaha mengisi kemerdekaan tanah air. Nilai kasih sayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah. Nilai tolong-menolong/bantu-membantu. Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Nilai tanggungjawab/keprihatinan. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit dan menebus semula tanah keluarga yang tergadai. 

c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Zaki menyayangi dan menjaga ibunya yang sakit.  Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di England, untuk berkhidmat kepada negara. Kita hendaklah membantu orang lain. Dr. Chan membantu merawat mata ibu Zaki yg hampir buta. Kita hendaklah memahami budaya masyarakat lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya walaupun telah berkahwin selama 4 tahun. 

d) Huraikan binaan plot drama/sinopsis darama.
Permulaan. Anna berada di lapangan terbang menunggu penerbangannya ke England. Anna kecewa kerana beranggapan suaminya, Zaki lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Perkembangan. Zaki dan Dr. Chan cuba memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan anaknya, Tina. Kemuncak. Mak Munah juga memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan menegaskan bahawa Zaki menyayangi Anna. Peleraian. Anna tetap menaiki kapal terbang meninggalkan Malaysia. Dr. Chan meminta Zaki supaya memberikan masa kepada Anna untuk berfikir semula.  

e) Huraikan konflik antara watak.
Konflik antara Anna dan Zaki. Anna kecewa kerana Zaki lebih mengutamakan ibunya, Mak Munah daripada Anna sebagai isteri. Konflik antara Zaki dan Anna. Zaki kecewa kerana Anna ingin meninggalkannya dan Tina, anaknya untuk pulang ke England. Konflik antara Anna dan Mak Munah. Anna berasa kecewa kerana Mak Munah lebih mendapat perhatian dan kasih sayang drp Anna sebagai isteri Zaki.

f) Huraikan perwatakan Zaki.
Seorang yg penyayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah Seorang yg mengenang jasa. Zaki mengenang jasa ibu yang banyak berkorban utknya supaya dia dapat belajar di England. Seorang yg patriotik. Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di luar negara, untuk berkhidmat kepada negara. Seorang yg bertanggungjawab. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit.

g) Huraikan perwatakan Anna.
Seorang yg bijak. Anna belajar bidang Ekonomi di universiti. Seorang yg keras hati. Anna tetap meninggalkan Zaki walaupun dipujuk oleh Zaki, Dr. Chan dan Mak Munah. Seorang yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yang lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri.

h) Huraikan latar masa drama.
Jam 8.00 malam. Anna tiba di lapangan terbang ingin pulang ke England meninggalkan Zaki dan anaknya. 

i) Huraikan latar tempat dlm drama.
Bilik Menanti/Lapangan terbang. Anna menunggu penerbangannya ke England di Bilik Menanti. 

j) Huraikan kritikan/teguran terhadap anggota masyarakat/watak Anna.
Teguran terhadap sikap Anna/anggota masyarakat yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yg lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Teguran terhadap watak Anna/anggota masyarakat yg gagal memahami budaya bangsa lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya, Zaki yang berbeza dengan budaya Barat. Teguran terhadap watak Anna/anggota masyarakat yang kurang prihatin. Anna sanggup meninggalkan anaknya, Tina yang masih kecil. / Anna kurang prihatin terhadap ibu mentuanya, Mak Munah yang sakit dan memerlukan rawatan.


Selasa, 27 Julai 2021

Cerpen Perspektif

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Gaya hidup masyarakat atasan yang kurang disenangi oleh masyarakat bawahan. Abang Said, seorang wakil rakyat dan isterinya, Sharifah mengamalkan gaya hidup yang mewah seperti berpakaian mahal. Persoalan sikap kurang prihatin pemimpin terhadap masyarakat bawahan. Abang Said tidak menyelami kesusahan dan penderitaan hidup masyarakat bawahan. Persoalan kasih sayang terhadap suami. Sharifah amat menyayangi suaminya, Abang Said. Persoalan penderitaan masyarakat bawahan. Sharifah menerima surat layang yang menyatakan penderitaan dan kesusahan masyarakat bawahan yang mengharapkan pembelaan.


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kasih sayang. Sharifah amat menyayangi suaminya, Abang Said. Nilai keinsafan. Sharifah insaf akan kesilapannya yang mengamalkan gaya hidup mewah dan kurang menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Nilai tolong-menolong. Abang Said pernah membiayai pembedahan Mak Limah yang sakit jantung. Nilai tanggungjawab. Ahli masjid menjalankan tanggungjawab menguruskan jenazah Abang Said.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan rakyat. Abang Said tidak menyelami kesusahan dan penderitaan hidup masyarakat bawahan. Kita hendaklah insaf akan kesalahan diri. Sharifah insaf akan kesilapannya mengamalkan gaya hidup mewah dan kurang menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Kita hendaklah menjaga maruah suami/isteri. Sharifah bertekad untuk mengubah penampilan diri bagi menjaga imej/maruah suami sebagai wakil rakyat. Kita hendaklah mengenang jasa orang kepada kita. Pak Dol dan Mak Limah menangisi kematian Abang Said yang pernah berjasa kepada mereka.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Sharifah memahami kesilapannya pada hari kematian suaminya. Perkembangan. Sharifah terkenangkan gaya hidup suaminya, Abang Said dan dirinya, tiga bulan sebelum kematian suaminya. Kemuncak. Sharifah menerima surat layang yang menegur sikap dan gaya hidupnya dan Abang Said serta kegagalan mereka menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Peleraian. Sharifah bertekad untuk  berubah tetapi terlambat kerana suaminya meninggal dunia. 


e) Huraikan perwatakan Abang Said.

Seorang yang kurang bertanggungjawab. Abang Said gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin/wakil rakyat yang baik terhadap rakyat yang memilihnya. Seorang yang kurang prihatin akan masalah rakyat. Abang Said tidak membela nasib rakyat/membiarkan tanah tergadai/membina kondominium/rakyat tinggal di rumah setinggan. Seorang yang materialistik. Abang Said melakukan kerja dengan mengharapkan habuan. Seorang yang mementingkan imej diri. Abang Said mahukan layanan permaidani merah dan penampilan diri yang mewah. 


f) Huraikan perwatakan Sharifah. 

Seorang yg insaf. Sharifah insaf akan kesilapannya yang mengamalkan gaya hidup mewah dan kurang menyelami kesusahan masyarakat bawahan. Seorang yang penyayang. Sharifah amat sayang akan suaminya, Abang Said dan ingin membaiki imej suaminya di mata masyarakat. Seorang yang bertanggungjawab. Sharifah berasa bertanggungjawab untuk mengubah imej suaminya supaya diterima oleh masyarakat bawahan.


g) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat yg hidup susah. Masyarakat bawahan mengalami kesusahan dan penderitaan tetapi kurang mendapat pembelaan. Masyarakat yg mengenang jasa. Pak Dol dan Mak Limah menangisi kematian Abang Said yang pernah berjasa kepada mereka. Masyarakat yg bertanggungjawab.  Ahli masjid menjalankan tanggungjawab menguruskan jenazah Abang Said.


Rabu, 7 Julai 2021

Cerpen Air Mata Dalang : Teknik Penceritaan / Teknik Plot

Teknik dialog.
Pak Yasok berbual dengan Nora tentang tujuan Nora datang ke rumahnya.
Teknik pemerian.
Penulis menggambarkan hari hujan dan Pak Yasok merindui anak cucunya.
Teknik imbas kembali.
Pak Yasok terkenangkan peristiwa Faezah menegur Pak Yasok kerana membuat patung wayang kulit.
Teknik imbas muka.
Pak Yasok membayangkan dia akan berkunjung ke rumah Faezah apabila perasaan marahnya kendur nanti.
Teknik suspens.
Pak Yasok tertanya-tanya siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu hujan.
Teknik kejutan.
Pembaca terkejut apabila kereta Ustaz Sauki muncul secara tiba-tiba semasa majlis pengumuman Nora sebagai dalang.
Teknik konflik.
Konflik antara Pak Yasok dan Faezah yang menasihati Pak Yasok supaya tidak membuat patung wayang kulit kerana dianggap berdosa.


Soalan Petikan.
Baca petikan dan jawab soalan
1. Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung. Melihat Ustaz Sauki dan Faezah serta anak-anaknya pulang, Pak Yasok tersenyum.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik kejutan. Contohnya, Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung.


2. Dia memandang sebuah kereta Kembara JFX995 yang membelok ke halaman rumahnya. Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik suspens. Contohnya, Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.


3. ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik monolog. Contohnya, ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Khamis, 17 Jun 2021

Cerpen Profesor Sufi

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Perbezaan sikap manusia terhadap ilmu tasawuf. Pemuda mahu mengamalkan ilmu tasawuf untuk mendekatkan diri kepada Tuhan manakala profesor mengkaji untuk menguasai ilmu pengetahuan tentang tasawuf. Persoalan kepentingan/keistimewaan ilmu tasawuf. Pemuda ingin mendalami amalan tasawuf kerana berbeza dengan ilmu lain, ilmu tasawuf membuat manusia ingin memilih jalan kehidupan yang saksama. Persoalan keutamaan mengamalkan ilmu daripada menguasai ilmu pengetahuan semata-mata. Profesor kesal kerana dia lebih mengutamakan kajian ilmu tasawuf bukannya amalan ilmu tasawuf. Persoalan semangat yang tinggi dalam menimba ilmu pengetahuan. Pemuda sanggup mengembara jauh dari Kelantan datang ke Barus untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu tasawuf.  


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kegigihan. Pemuda gigih berusaha menambah ilmu tasawufsehingga ke Barus. Nilai kebijaksanaan. Profesor bijak menguasai ilmu pengetahuan tentang ilmu tasawuf. Nilai keinsafan. Profesor kesal kerana dia lebih mengutamakan kajian ilmu tasawuf bukannya amalan ilmu tasawuf. Nilai kesopanan. Pemuda cuba berinteraksi dan berbicara secara sopan dengan Profesor. Nilai tanggungjawab. Pak Supir mengutamakan kerjanya untuk mencari rezeki buat keluarga. 


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah gigih menuntut ilmu. Pemuda gigih berusaha menambah ilmu tasawufsehingga datang ke Barus. Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari. Profesor kesal kerana dia lebih mengutamakan kajian ilmu tasawuf bukannya amalan ilmu tasawuf. Kita hendaklah berbudi bahasa dalam pergaulan. Pemuda cuba berinteraksi dan berbicara secara sopan dengan Profesor. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga. Pak Supir mengutamakan kerjanya untuk mencari rezeki buat keluarga.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Pemuda datang ke Barus untuk menimba ilmu tasawuf. Perkembangan. Pemuda bersiar-siar dengan teksi di Barus sambil mencari pondok guru tasawuf. Kemuncak. Pemuda bertemu dengan Profesor di hotel. Profesor memandang rendah pemuda yang belajar di sekolah pondok sahaja. Peleraian. Profesor kesal kerana dia tidak mengutamakan amalan ilmu tasawuf seperti pemuda.


e) Huraikan perwatakan Pemuda.

Seorang yang gigih menuntut ilmu. Pemuda gigih berusaha menambah ilmu tasawufsehingga datang ke Barus. Seorang yang berbudi bahasa.  Pemuda berinteraksi dan berbicara secara sopan dengan Profesor. Seorang yang taat pada agama. Pemuda berusaha meningkatkan ilmu dan amalan agama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. 

f) Huraikan perwatakan Profesor.

Seorang yang bijak. Profesor merupakan pensyarah dalam bidang ilmu tasawuf. Seorang yang angkuh. Profesor brbicara dengan angkuh tentang keilmuannya dalam bidang tasawuf. Seorang yang insaf. Profesor kesal kerana dia lebih mengutamakan kajian ilmu tasawuf bukannya amalan ilmu tasawuf. 

g) Huraikan latar tempat dalam cerpen.

Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Pemuda belajar di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Barus. Pemuda datang ke Barus untuk menimba ilmu tasawuf. Hotel Wisata Indah. Pemuda  dan Profesor menginap di Hotel Wisata Indah. Kota Sibolga. Pemuda bersiar-siar menaiki teksi di Kota Sibolga. 



Rabu, 16 Jun 2021

Cerpen Kami Akan Mati, Lin

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Kemusnahan hidupan laut akibat pencemaran alam sekitar. Karang laut meluahkan perasaan kpd sahabatnya, Lin ttg kemusnahan kehidupan batu karang akibat sikap manusia yg mencemarkan laut. Persoalan pencemaran alam akibat sikap manusia. Laut telah tercemar akibat sikap manusia yg membuang sisa kotoran ke laut. Persoalan ketamakan manusia yg mengakibatkan kemusnahan alam. Segelintir manusia spt. Caka sanggup membuang sisa kilang  ke laut lalu memusnahkan karang laut. Persoalan penderitaan karang laut menghadapi ancaman kepupusan. Karang laut menderita apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah.


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kasih sayang. Pada masa lalu, nenek moyang manusia amat menyayangi karang laut dan menjaganya. Nilai setiakawan. Karang laut sentiasa mengingati Lin kerana mempunyai sifat setiakawan. Nilai simpati. Lin simpati  terhadap nasib karang laut dan pernah membuat kajian ttg faedah karang laut kpd manusia. Nilai ketabahan. Karang laut tabah menghadapi penderitaan apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah. Nilai keadilan. Karang laut meminta Lin membela dan mendapatkan keadilan nasib karang laut. 


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah menyayangi alam sekitar. Pada masa lalu, nenek moyang manusia amat menyayangi karang laut dan menjaganya. Kita hendaklah prihatin terhadap kemusnahan alam. Lin prihatin terhadap penderitaan karang laut. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran.  Karang laut tabah menghadapi penderitaan apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah. Kita janganlah tamak sehingga sanggup mencemarkan alam. Caka sanggup membuang sisa kilang ke laut yg memusnahkan batu karang. Kita janganlah mencuri karang laut. Segelintir manusia mencuri karang laut menyebabkan kepupusan karang laut. Kita hendaklah menghargai jasa. Lin menghargaijasa karang laut sbg sumber penawar penyakit HIV dan menyedut gas berbahaya kpd manusia. 


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Kami atau karang laut meluahkan perasaan kpd Lin, sahabat manusia ttg penderitaan karang laut yg diancam kemusnahan. Perkembangan. Karang laut menceritakan kpd Lin, ttg situasi kepupusan karang laut yg kian tidak terkawal. Kemuncak. Karang laut kesakitan dan mengharapkan pertolongan kerana pencemaran. Peleraian. Karang laut menghadapi ancaman maut kerana ada manusia yg sdg memasang bom menangkap ikan.


e) Huraikan perwatakan Kami.

Seorang yg penyayang. Karang laut amat menyayangi sesama sendiri. Seorang yg setiakawan. Karang laut sentiasa mengingati Lin kerana mempunyai sifat setiakawan. Seorang yg suka menolong/berjasa. Karang laut berjasa kpd manusia sbg sumber ubat/ menyedut gas berbahaya kpd manusia. Seorang yg tabah. Karang laut tabah menghadapi penderitaan apabila banyak keluarganya mati dan habitatnya musnah.


f) Huraikan perwatakan Lin.

Seorang yg penyayang. Lin amat menyayangi karang laut dan berusaha membela nasibnya. Seorang yg prihatin. Lin prihatin terhadap nasib karang laut yg musanh oleh pencemaran alam. Seorang yg menghargai. Lin menghargai jasa karang laut kepada manusia. Seorang yg tegas. Lin tegas membela nasib karang laut di peringkat antarabangsa. Seorang yg bijak. Lin bijak mengkaji dan membentangkan kajian ttg kepentingan karang laut.


g) Nyatakan manfaat/jasa karang laut.

Karang laut merupakan habitat ikan yg menjadi makanan manusia. Karang laut merupakan hutan tropika yg menyedut karbon dan gas berbahaya akibat kesan rumah hijau. Karang laut adalah sumber utk ubat AZT merawat pesakit HIV.


h) Nyatakan peristiwa yg menyebabkan penderitaan/kesedihan karang laut.

Ada manusia mencuri karang laut utk dijual sbg hiasan. Karang laut hilang tempat tinggal kerana habitat karang laut musnah oleh pencemaran. Kematian banyak karang laut yg disebabkan pencemaran laut. Caka membuang sisa kilang ke laut yg meracuni karang laut. Suhu laut meningkat menyebabkan penyakit dan kematian karang laut. Kapal selalu membuang sisa kotoran ke laut. Penerokaan hutan menyebabkan tanah merah terhakis dan mencemarkan air laut. 


i) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.

Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dgn menggunakan ganti nama diri pertama “Kami”. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya bukan shj dapat menggambarkan aksi dan dialog watak utama. Bahkan, dapat menggambarkan pemikiran dan perasaan watak utama.


j) Nyatakan amalan/tindakan buruk manusia terhadap alam sekitar dlm cerpen.

Amalan mencuri karang laut utk dijual sbg hiasan. Amalan membuang sisa kotoran ke laut. Amalan membuang najis ke laut. Amalan membuang sisa kilang ke laut. Amalan mengebom ikan yg memusnahkan habitat hidupan laut. Amalan penerokaan hutan yg menyebabkan tanah merah terhakis dan mencemarkan air laut. 


Isnin, 14 Jun 2021

Cerpen Namun Itulah Hakikat

a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Kegigihan mencapai impian tanpa mempedulikan cabaran. Pak Mid gigih mengusahakan tanah rang dgn pokok hutan walaupun diejek orang kampung. Persoalan kegigihan bekerja. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawahnya dan menanam pokok hutan. Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan.  Pak Mid tabah menghadapi ejekan/ hinaan orang kampung yg mengganggapnya gila. Persoalan pembangunan/kemajuan luar bandar. Pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan surau. Persoalan perpaduan dalam masyarakat. Penduduk kampung, tua dan muda, bersatu menguruskan masjid di kampung. Persoalan tanggungjawab ketua keluarga. Pak Mid menjalankan tanggungjawab menyara keluarga/memberi pendidikan kpd anak-anak. 

b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kegigihan. Pak Mid gigih mengerjakan sawah/menanam pokok hutan. Nilai tanggungjawab. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga/memberi pendidikan kpd anak-anak. Nilai ketabahan. Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang kampung yg mengganggapnya gila. Nilai perpaduan. Penduduk kampung, tua muda, bersatu menguruskan masjid di kampung. Nilai kesyukuran. Pak Mid bersyukur mempunyai keluarga yg bahagia/ membesarkan anak-anak. Nilai murah hati. Pak Mid mendermakan 50 helai kain sejadah untuk surau di kampungnya.

c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan ejekan org lain. Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang kampung yg mengganggapnya gila kerana menanam pokok hutan. Kita hendaklah gigih bekerja. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawah/menanam pokok hutan. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga sbg petani/ memberikan pendidikan kpd anak-anak. Kita janganlah mengejek/mencerca orang lain. Orang kampung suka mengejek Pak Mid sebagai orang gila kerana menanam pokok hutan. Kita hendaklah berpandangan jauh dlm kehidupan. Pak Mid berpandangan jauh dgn melantik anak-anak muda dlm lembaga masjid utk menjadi pelapis gol. tua.

d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Aku imbas kembali ttg Pak Mid yg diejek sbg orang gila kerana menanam pokok hutan. Perkembangan. Pak Mid tabah menghadapi sindiran/ejekan Tuk Nyan dan orang kampung. Kemuncak. Banyak tanah org kampung diambil oleh kerajaan utk projek jalan raya. Tuk Nyan terkejut kerana tanah Pak Mid yg ditanam pokok hutan, mendapat pampasan yg lumayan. Peleraian. Pak Mid dapat mendirikan rumah lebih sempurna utk keluarga/membiayai persekolahan anak-anak serta membantu kemajuan surau di kampung.

e) Huraikan perwatakan Pak Mid.

Seorang yg gigih. Pak Mid gigih mengerjakan sawah. Seorang yg tabah. Pak Mid tabah hadapi sindiran org kampung yg mengatakannya org gila sebab menanam pokok hutan. Seorang yg bertanggungjawab. Pak Mid bertanggungjawab memberi pendidikan kpd anak-anaknya. Seorang yg berpandangan jauh. Pak Mid melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kpd golongan tua. Seorang yg bersyukur. Pak Mid bersyukur apabila berjaya dlm kehidupannya. Seorang yg pemurah. Pak Mid menderma 50 helai kain sejadah utk surau kampungnya. 

f) Huraikan peranan Pak Mid.

Sebagai bapa. Pak Mid bapa kpd Zul dan Fitri. Sebagai ketua keluarga. Pak Mid ketua keluarga yg bertanggungjawab menyara keluarga. Sebagai pekebun. Pak Mid bersawah/menanam pokok hutan. Sebagai ahli jawatankuasa. Pak Mid menjadi ahli jawatankuasa masjid. Sebagai pembangun masyarakat. Pak Mid membantu membangunkan pelapis organisasi masjid dengan melantik anak-anak muda sebagai anggota lembaga masjid.

g) Terangkan ciri keperibadian unggul watak Pak Mid.

Kesabaran menghadapi dugaan. Pak Mid bersabar apabila diejek org kampung kerana menanam pokok hutan. Kegigihan bekerja. Pak Mid gigih mengusahakan tanahnya dgn pokok hutan dan bersawah. Bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pak Mid membina rumah baru yg lebih baik utk keluarga setelah mendapat pampasan. Pak Mid juga menyediakan kemudahan pendidikan utk anak-anak. Bermurah hati suka menderma. Pak Mid bersedekah dgn menyumbang 50 helai sejadah utk surau kampungnya. Bersyukur atas rezeki yang diperoleh. Pak Mid bersyukur kpd Allah atas kejayaan hidupnya. Bijaksana dalam merancang. Pak Mid melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid supaya dapat menjadi pelapis. Pak Mid juga menanam pokok hutan di tanah rang kerana mempunyai nilai ekonomi. 

h) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat yg bertanggungjawab. Penduduk kampung bersama membangunkan kemajuan masjid/surau kampung. Masyarakat Islam. Penduduk kampung itu beragama Islam. Masyarakat petani. Penduduk kampung bekerja sbg petani dan pesawah. Masyarakat yg gigih bekerja. Pak  Mid dan penduduk kampung gigih mengusahakan tanah masing-masing. Masyarakat yg mementingkan perpaduan. Pada akhirnya. penduduk kampung hidup bersatu dan tidak lagi menghina sesiapa.

i) Huraikan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dan tindakan penyelesaiannya.

Watak utama ialah Pak Mid. Pak Mid diejek oleh Tuk Nyan dan org kampung sebagai org gila kerana menanam pokok hutan. Pak Mid bersabar menghadapi sindiran mereka dan meneruskan usahanya. Pak Mid mempunyai sebahagian tanah yg tidak subur. Pak Mid menanam pokok hutan di kaw. tanah yg tidak subur. Pak Mid perlu memberi pendidikan utk anak-anak. Pak Mid menggunakan wang pampasan tanah utk menyediakan kemudahan pendidikan anak-anaknya. Pak Mid diberi tanggungjawab sbg AJK masjid. Pak  Mid melantik anak-anak muda menjadi anggota lembaga masjid sbg pelapis.

j) Terangkan nilai tanggungjawab dalam cerpen. 

Tanggungjawab menyara keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga dgn bersawah dan menanam pokok hutan. Tanggungjawab dalam mendidik anak. Pak Mid memberi kemudahan pendidikan yg secukupnya kpd anak-anaknya. Tanggungjawab menyediakan kemudahan asas utk keluarga. Pak Mid memasukkan bekalan elektrik, air dan telefon ke rumahnya. Tanggungjawab membangunkan/memajukan kawasan luar bandar. Pegawai-pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan surau utk keperluan masyarakat. Tanggungjawab memberi sumbangan kpd masyarakat. Pak Mid sedekahkan 50 sejadah utk surau kampungnya. Tanggungjawab membangunkan belia/golongan muda/masyarakat. Pak Mid melantik anak-anak muda menjadi anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kpd golongan tua.

k) Jelaskan latar masa cerpen.

Ketika zaman kecil.Aku sering mendengar orang kampung mengatakan Pak Mid sebagai orang gila. Ketika sekolah menengah. Aku masih melihat Pak Mid menanam pokok hutan walaupun ramai yang memerlinya. Waktu malam. Aku dan orang kampung menggunakan pelita dan gasolin pada waktu malam kerana belum ada pembangunan. Musim tengkujuh. Aku berjalan kaki sambil menuntun basikal di batas sawah yang lecak untuk ke sekolah. 


Rabu, 19 Mei 2021

Sajak Citra Pelangi 1Malaysia karya A. Halim Ali

Kita berfikir tentang sejuta mimpi
yang tumbuh rendang
dari lena dari tidur dari sepi malam
mari kita himpunkan angannya
menjadi mentari pagi.

Kita menyulam sejuta jiwa
yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata.

Kita menghulur jemari hati
menghantar pesan seloka
mengirim diksi dari langit
mantera dari rumpun Melayu
air mawar dari sumur nusantara
satukan menjadi jamu cinta kita
santap dalam pentas terbuka
di anjung pelbagai sejuta budaya
duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi di wajah 1 Malaysia
kelak kita menjadi lebih faham
perlunya berfikir dan bertindak
dalam bersatu

berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu
tanah air kita tiada dua
hanya satu.

Karya : A. Halim Ali

a) Huraikan bentuk puisi.
Puisi ini berangkap. Puisi ini mengandungi 4 rangkap. 
Jumlah baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama. Terdapat 4 baris hingga 14 baris pada setiap rangkap. 
Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan setiap baris. 
Jumlah suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 4 hingga 14 suku kata setiap baris. 
Kesimpulannya, puisi tersebut berbentuk bebas. Hal ini  kerana jumlah baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama.

b) Huraikan gaya bahasa.
Asonansi a. Contoh, Kita menyulam sejuta jiwa.
Aliterasi t. Contoh, Kita berfikir tentang sejuta mimpi.
Kata ganda. Contoh, duduk-duduk.
Repitisi kata. Perkataan dari. Contoh, dari lena dari tidur dari sepi malam.
Responsi. Contoh,
mantera dari rumpun Melayu,
air mawar dari sumur nusantara.
Inversi. Contoh, sepi malam. 
Metafora. Contohnya, jamu cinta.

c) Huraikan nada sajak.
Nada sajak ialah nada patriotik. 
Penyajak bersemangat patriotik mengharapkan masyarakat Malaysia bersatu walaupun berbeza bangsa dan budaya. 
Contohnya, sambil menganyam citra pelangi di wajah 1Malaysia.
Contohnya, tanah air kita tiada  dua, hanya satu.

d) Huraikan pengajaran/mesej puisi.
Kita hendaklah mempunyai / mengutamakan perpaduan dalam masyarakat.
Contoh, lirik perpaduan seni senegara, rentak fikir bersama berpadu.
Kita hendaklah mengamalkan satu bahasa bagi mewujudkan perpaduan.
Contoh,rumpun pelbagai bangsa satu bahasa, berlagu senada menari langkah sekata.
Kita hendaklah mencintai dan mempertahankan negara kita. 
Contoh, tanah air kita tiada dua,hanya satu.

e) Terangkan nilai kemanusiaan/nilai murni dalam sajak.
Nilai patriotisme.Contoh, tanah air kita dua,hanya satu.
Nilai perpaduan. Contoh, lirik perpaduan seni senegara, rentak fikir bersama berpadu.
Nilai toleransi.Contoh, berbeza dan berselisih itu boleh, tetapi kemudian bersatu.

e) Huraikan persoalan sajak. 
Persoalan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 
Contoh, lirik perpaduan seni senegara, rentak berfikir sama berpadu.
Persoalan kepentingan sikap bertolak ansur/bertoleransi dalam masyarakat. 
Contoh, berbeza dan berselisih itu boleh, tetapi kemudian bersatu. 
Persoalan semangat patriotik/ cinta akan tanah air yang  tinggi dalam diri. 
Contohnya, tanah air kita tiada dua, hanya satu.


Isnin, 15 Mac 2021

Perbandingan Bentuk Puisi - Cara Menjawab

Puisi A

Bangsanya Ajam baginda itu,
Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.

Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.

Puisi B

Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada jalan membawa rugi.


a) Apakah jenis Puisi A dan Puisi B?
b) Bandingkan bentuk Puisi A dan Puisi B.

a) Puisi A ialah syair. Puisi B ialah gurindam.

Nota Panduan - Perkara yang boleh dibandingkan:
1. Bilangan rangkap. 
2. Bilangan baris serangkap 
3. Bilangan perkataan sebaris
4. Bilangan suku kata sebaris
5. Rima akhir
6. Ciri baris 
7. Bentuk


b) Bilangan rangkap. Puisi A dan Puisi B mempunyai jumlah rangkap yang tidak sama. Puisi A mempunyai dua rangkap manakala Puisi B mempunyai empat rangkap.

Bilangan baris serangkap. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan baris serangkap yang tidak sama. Puisi A mempunyai empat baris serangkap manakala Puisi B mempunyai dua baris serangkap.

Bilangan perkataan sebaris. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan perkataan sebaris yang tidak sama. Puisi A mempunyai dua hingga empat patah perkataan sebaris manakala Puisi B mempunyai dua hingga lima patah perkataan sebaris.

Bilangan suku kata sebaris. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan suku kata sebaris yang tidak sama. Puisi A mempunyai sembilan hingga dua belas suku kata sebaris. Manakala Puisi B mempunyai tujuh hingga dua belas suku kata sebaris.

Rima akhir. Puisi A dan Puisi B mempunyai rima akhir yang tidak sama. Rima akhir Puisi A ialah aaaa. Manakala rima akhir Puisi B ialah aa.

Ciri baris. Baris dalam Puisi A ialah semua baris adalah  maksud. Manakala Puisi B adalah baris pertama ialah syarat baris kedua ialah jawab.

Bentuk. Puisi A dan Puisi B kedua-duanya berbentuk terikat. Puisi A mempunyai 4 baris serangkap manakala Puisi B mempunyai 2 baris serangkap.
Atau : 
Bentuk. Puisi A dan Puisi B kedua-duanya berbentuk terikat. Puisi A dan Puisi B mempunyai rima akhir yang sama. Puisi A mempunyai rima akhir aaaa manakala Puisi B mempunyai rima akhir aa.

Khamis, 4 Mac 2021

Gurindam Fasal Dua Belas (Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)

Fasal Ketiga :

Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan. 

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh. 

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada jalan membawa rugi.

Rangkap 1 Jika kita menjaga pandangan, kuranglah keinginan untuk mengharapkan/menginginkan sesuatu.
Rangkap 2 Jika kita menjaga pendengaran, kita dapat mengelak daripada mendengar umpatan, kejian atau cerita yang buruk.
Rangkap 3 Setiap orang perlu menggunakan kekuatan tangannya untuk rajin bekerja dan tidak cepat/mudah memukul orang.
Rangkap 4 Jika seseorang makan dengan sangat kenyang, ia akan mendorong seseorang menunjukkan perangai yang kurang sopan/kurang senonoh.
Rangkap 5 Setiap orang perlu menjaga kakinya supaya tidak pergi ke tempat yang melalaikan atau merosakkan diri. 

Fasal Kelima :

Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
Lihat kepada budi bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, 
Sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang yang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan ia.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Rangkap 1 Seseorang yang berakhlak/beradab dapat dilihat daripada budi bahasa atau kesopanannya.
Rangkap 2 Seseorang yang sejahtera/bahagia dapat dilihat daripada sifatnya mengelak melakukan perkara yang tidak bermanfaat.
Rangkap 3 Seseorang yang berhemah tinggi/mulia dapat dilihat daripada tingkah lakunya.
Rangkap 4 Seseorang yang bijaksana dapat dilihat daripada sikapnya mengumpul amal selama berada di dunia.
Rangkap 5 Seseorang yang bersahsiah tinggi/berperangai baik dapat dilihat daripada tingkah lakunya semasa bergaul dengan masyarakat.

Huraikan bentuk gurindam/puisi.
Puisi ini berangkap. Puisi ini terdiri daripada 10 rangkap. 
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama. Terdapat 2 baris serangkap. 
Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan setiap baris. 
Jumlah suku kata setiap baris tidak sama. Terdapat 7 hingga 16 suku kata setiap baris. 
Baris pertama ialah syarat dan baris kedua ialah jawab.
      Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
      Lihat kepada budi bahasa.

Rima akhir puisi adalah sama iaitu aa.
Puisi ini tersebut berbentuk terikat. Hal ini kerana rima akhir puisi adalah sama iaitu aa. 

Huraikan pengajaran/mesej gurindam.
Kita hendaklah menjaga pandangan daripada melihat perkara yang dilarang.
       Apabila tepelihara mata,
       Sedikit cita-cita.

Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mendengar umpatan, hasutan dan kejian terhadap orang lain.
         Apabila terpelihara kuping,
         Khabar yang jahat tidaklah damping.

Kita janganlah makan terlalu kenyang kerana kita akan terdorong berperangai kurang senonoh.            
         Apabila perut terlalu penuh,
        Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Kita janganlah pergi ke tempat yang kurang elok dan melalaikan.
       Hendaklah peliharakan kaki,
       Daripada jalan membawa rugi.

Kita janganlah malas bekerja menggunakan tangan kita /Kita janganlah mudah terdorong untuk memukul orang.
       Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
       Daripada segala berat dan ringan.

Terangkan nilai kemanusiaan/nilai murni gurindam.

Nilai kegigihan. Contoh :
     Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
     Daripada segala berat dan ringan.

Nilai kesopanan. Contoh :
    Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
    Lihat kepada budi bahasa.

Nilai rasional. Contoh:
     Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
     Sangat memeliharakan yang sia-sia.
     
Nilai kebijaksanaan.  Contoh: 
        Jika hendak mengenal orang yang berakal,
        Di dalam dunia mengambil bekal.

Huraikan tema gurindam. 
Tema gurindam ialah amalan dan tingkah laku yang baik/berfaedah dalam kehidupan. 
Contoh :
     Jika hendak mengenal orang yang berakal, 
     Di dalam dunia mengambil bekal.

Huraikan gaya bahasa.
Terdapat asonansi a. Contohnya, Apabila terpelihara mata.
Terdapat aliterasi r. Contohnya, Daripada segala berat dan ringan.
Terdapat repitisi frasa. Contohnya, Jika hendak mengenal.
Terdapat inversi. Contohnya, Di dalam dunia mengambil bekal.

Isnin, 1 Mac 2021

Seloka Boros dan Jimat

 

  Katakanlah kau ada …
          Emas bertimbun,
          Ataupun beras berguni, berkampit, berkarung,
          Wang penuh di gudang, padat di kantung.

          Tetapi jika ditabur habur, diborosi,
          Semuanya segera juga akan habis pergi.

          Walaupun beras, tak terbilang ulasnya, 
          Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.

          Begitulah tetap akan akibatnya, 
          Kalau bersifat boros dan habur;
          Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
          Jika tak mahu harta terkubur.

           Bidal Melayu sedia berkata :
          “Nak kaya berdikit-dikit,
           Nak ramai bertabur urai”;
          Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

         

Rangkap 1 Sekiranya pembaca mempunyai kekayaan iaitu banyak emas, banyak beras dan banyak wang

Rangkap 2 Semua harta akan habis jika digunakan secara boros

Rangkap 3 Makanan seperti beras yang banyak juga akan habis jika digunakan secara boros

Rangkap 4 Itulah kesan terhadap sikap boros dan suka membazir. Sikap berjimat cermat sahaja caranya sekiranya tidak mahu harta habis/kehabisan harta

Rangkap 5 Perumpamaan Melayu ada menyatakan, berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat adalah cara untuk menjadi kaya manakala suka berbelanja kawan adalah cara mendapatkan kawan yang banyak. Tetapi, semasa kaya, kita akan ada banyak kawan tetapi apabila terlalu miskin, kita akan tinggal sendirian.

 
a) Analisis bentuk puisi/Huraikan ciri seloka di atas.

Puisi ini berangkap. Puisi ini mengandungi 5 rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama. Terdapat 5 hingga 15 suku kata setiap baris. Rima akhir puisi adalah bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.  Kesimpulannya, puisi tersebut berbentuk bebas kerana rima akhir bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.

c) Huraikan pengajaran/mesej.

Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat-cermat. Cth: Jimat cermat sahaja akan ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.
Kita janganlah suka membazir harta benda dan wang. Cth:
Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis pergi.
Kita janganlah suka berbelanja secara melampau untuk mendapatkan ramai kawan. Cth: Nak ramai bertabur urai/Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Kita hendaklah berbelanja secara berhemah. Cth : nak kaya, berdikit-dikit.

d) Terangkan nilai kemanusiaan/murni.

Nilai jimat-cermat. Cth: Jimat cermat sahaja akan ubatnya. Nilai kesederhanaan. Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis pergi. Nilai rasional. Begitulah tetap akan akibatnya/kalau bersifat boros dan habur. Nilai keinsafan. Cth: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

e) Huraikan tema dan persoalan.

Tema – Kepentingan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan. Cth: Jimat cermat sahaja akan ubatnya/jika tak mahu harta terkubur. Persoalan – Kesan/akibat sikap suka membazir.  Cth: Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur. Sikap manusia yang berkawan hanya apabila berharta. Cth: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

f) Sikap penulis.

Penulis bersikap sinis/menyindir. Penulis menyindir golongan yg bersikap boros. Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis pergi.
Penulis berasa kecewa. Penulis kecewa dgn golongan manusia yg suka membazir. Cth : Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur.
Penulis bersikap yakin. Penulis yakin bahawa seseorang boleh menjadi kaya jika berbelanja secara berhemah. Cth:  Bidal Melayu sedia berkata/Nak kaya berdikit-dikit.
Penulis berasa insaf. Penulis insaf bahawa sikap berjimat cermat perlu diamalkan bagi mengelakkan harta habis. Cth : Jimat cermat sahaja akan ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.      

g) Bagaimana mengenali seloka kerana bentuknya bebas?

Isi seloka mengandungi unsur lucu, sindiran dan ejekan. Contohnya, Seloka Pak Kaduk dan Seloka Boros dan Jimat. 


Selasa, 23 Februari 2021

Pantun Nilai Insan - Pantun Enam Kerat

         Bawa denak bersangkar rotan,
            Di dalam semak sangkut di dahan,
              Dahan sedepa tempat gantungan,
             Nilai anak kerana ketaatan,
                Nilai emak kerana asuhan,
                  Nilai bapa kerana tanggungan.
           
            Menjelang senja ke Kampung Panggas,
                Mencari halia di dalam huma,
                 Untuk dicampurkan di dalam adunan,
            Nilai pekerja jalani tugas,
               Nilai penyelia adil saksama,
                    Nilai majikan penuh keihsanan.

           Pohon kuini di tengah pinggiran,
            Tempat terkinja si anak rusa,
               Pemburu mengepung sorak melolong,
           Nilai penghuni mesra berjiran,
               Nilai ketua bertimbang rasa,
                 Nilai sekampung tolong-menolong.
 
            Hujan sereyat di tengah hari,
              Menjemur lampin pinggir kawasan,
                 Baju kemeja dijemur sama,
             Nilai rakyat beretika diri,
              Nilai pemimpin ada wawasan,
                 Nilai raja berbudaya agama.

Maksud
Rangkap 1 Tanggungjawab dalam sesebuah keluarga, anak yang taat kepada ibu bapanya, emak yang mendidik anak-anak dan bapa yang menanggung keluarga.

Rangkap 2 Pekerja yang baik menjalankan tugas dengan baik, penyelia yang baik berlaku adil dan saksama manakala majikan yang baik bersifat ihsan kepada pekerja.

Rangkap 3 Penghuni sesuatu kawasan yang baik adalah bersikap mesra dengan jiran, ketua masyarakat yang baik bersikap bertimbang rasa dan masyarakat kampung yang baik mengamalkan tolong-menolong sesama masyarakat.

Rangkap 4 Rakyat yang baik mengamalkan etika diri, pemimpin yang baik mempunyai wawasan manakala raja yang baik mementingkan budaya beragama.

 a) Analisis bentuk puisi/ Huraikan bentuk pantun.

Puisi ini mempunyai rangkap/berangkap. Puisi ini terdiri daripada 4 rangkap. Bilangan baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 6 baris serangkap. Jumlah patah perkataan setiap baris tidak sama. Terdapat 3 hingga 4 patah perkataan setiap baris.  Bilangan suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 9 hingga 11 suku kata setiap baris. Terdapat jeda di tengah baris. Cth : Dahan sedepa/tempat gantungan. Rima akhir puisi adalah berselang. Rima akhir pantun ialah abcabc.  Puisi berbentuk terikat kerana rima akhir adalah berselang abcabc. Puisi ini mempunyai pembayang dan maksud. Baris pertama, kedua dan ketiga adalah pembayang manakala baris keempat, kelima dan keenam adalah maksud. 

b) Huraikan pengajaran/mesej.

Kita hendaklah taat kepada ibu bapa. Contohnya, Nilai anak kerana ketaatan. Sebagai bapa, kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga. Contohnya, Nilai bapa kerana tanggungan. Sebagai pekerja, kita hendaklah rajin/bertanggungjawab menjalankan tugas dengan baik. Contohnya, Nilai pekerja jalani tugas. Sebagai penyelia, kita hendaklah berlaku adil dan saksama kepada pekerja. Contohnya, Nilai penyelia adil saksama. Kita hendaklah bersikap mesra dengan jiran tetangga. Contohnya, Nilai penghuni mesra berjiran. Sebagai pemimpin, kita hendaklah mempunyai wawasan. Contohnya, Nilai pemimpin ada wawasan. 

c) Terangkan nilai kemanusiaan/murni.

Nilai ketaatan. Cth : Nilai anak kerana ketaatan. Nilai tanggungjawab. Cth : Nilai bapa kerana tanggungan. Nilai keadilan. Cth: Nilai penyelia adil saksama. Nilai  tolong-menolong. Cth : Nilai sekampung tolong-menolong. 

d) Huraikan tema dan persoalan.

Tema – Nilai kemanusiaan yang penting dalam peranan hidup seseorang. Penulis menggambarkan nilai-nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap orang dalam menjalankan peranannya. Cth : Nilai pekerja jalani tugas, Nilai penyelia adil saksama.

Persoalan – Persoalan tanggungjawab dalam sesebuah keluarga. Contoh, Nilai bapa kerana tanggungan. Persoalan amalan baik dalam sesebuah organisasi. Contoh : Nilai majikan penuh keihsanan. Persoalan semangat kejiranan yang tinggi. Contoh : Nilai sekampung tolong-menolong.

 

Isnin, 22 Februari 2021

Pantun Empat Kerat - Kasih Jualan

       Burung kekek burung di hutan,
            Terbang naik berlegar-legar,
       Mari encik marilah tuan,
            Barang baik baru keluar.

Hari Jumaat pergi memukat,
    Orang menangguk ikan di kali,
Minta maaf belum berhajat,
   Datang menengok, bulan membeli.

         Empat lima kuda di medan, 
    Kuda tengkot ke depan juga,
        Bukan panglima rupanya tuan,
    Makanya takut masuk berniaga.

Kuda tengkot menang berlumba,
   Lompat bertangkup keempat kaki,
Mengapa takut masuk berniaga,
   Kurangkah sanggup sifat lelaki.

        Penakut sungguh rupanya ikan,
   Umpan di kail lari menepi,
        Kedekut sungguh tuan nak makan,
   Makanan baik tidak terbeli.

Kalau mengail ikan tenggiri,
    Umpan di taut ikannya bilis,
Makanan baik tidak terbeli,
   Sayang takut duitnya habis.

Air hangat air bertapis,
   Tuangkan saya agak secawan,
Sayang sangat duitnya habis,
    Kurang tenaga tidak melawan?

Pasang panjut keliling rumah,
   Bunga api di tengah laman,
Bukan kedekut, bukannya lemah,
    Cumanya hati belum berkenan.

Dari Medan ke Sibolga,
    Padi di Langkat bawa ke Deli,
        Kasih bukan barang berniaga,
   Hati tak dapat dijual beli. 

Rangkap 1 Peniaga mengalu-alukan kedatangan pelanggan kerana terdapat barangan/produk baharu dikedainya.
Rangkap 2 Pembeli menolak kerana belum berniat untuk mendapatkan barangan tersebut.
Rangkap 3 Penjual  mengatakan pelanggan bukan seorang yang berani kerana takut membeli barang jualannya.
Rangkap 4 Peniaga bertanya sama ada pelanggan takut membeli barangan kerana kurang sifat kelelakian/keberanian.
Rangkap 5 Peniaga mencabar pembeli supaya membeli makanan jualannya dengan mengatakannya kedekut.
Rangkap 6 Peniaga mencabar pembeli dgn mengatakan pembeli bimbang wangnya akan habis sedangkan barangnya baik.
Rangkap 7 Peniaga mencabar pembeli kerana berdiam diri dan mungkin bimbang kehabisan wang jika membeli barangnya.
Rangkap 8 Pembeli menyatakan ia bukan kedekut atau lemah tetapi belum berhajat kepada barangan yang dijual.
Rangkap 9 Pembeli menjelaskan bahawa keinginan dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa oleh peniaga. 

Huraikan bentuk pantun.
Puisi ini berangkap. Puisi ini terdiri daripada 9 rangkap. Bilangan baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 3 hingga 5 patah perkataan setiap baris.  Bilangan suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 8 hingga 11 suku kata setiap baris. Terdapat jeda di tengah baris. Cth : Mari encik/marilah tuan. Rima akhir puisi adalah berselang. Rima akhir pantun ialah abab.  Puisi berbentuk terikat kerana rima akhir berselang abab. Puisi ini mempunyai pembayang dan maksud. Baris pertama dan kedua adalah pembayang manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud.

Huraikan pengajaran.
Kita hendaklah berbudi bahasa/menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada pelanggan/menghormati pelanggan. orang lain. Cth: Mari encik marilah tuan.  
Penjual/Kita janganlah biadab/bercakap kasar/mencabar pelanggan. Cth : Bukan panglima rupanya tuan. Penjual/Kita janganlah memaksa pelanggan untuk membeli/menghina pelanggan. Cth : Kedekut sungguh tuan nak makan.
Penjual/Kita hendaklah mengambil hati/memujuk pelanggan dengan baik. Cth: Hati tak dapat dijual beli. 

Terangkan nilai kemanusiaan/murni.
Nilai kesopanan. Cth : Mari encik marilah tuan.
Nilai hormat-menghormati. Cth :
Minta maaf belum berhajat.
Nilai kasih sayang. Cth: Kasih bukan barang berniaga.
Nilai  keberanian. Cth :
Mengapa takut masuk berniaga.

Huraikan tema dan persoalan Pantun Kasih Jualan.

Tema – Adab dalam perniagaan. Penulis menggambarkan adab penjual kepada pelanggan. Cth : Mari encik, marilah tuan, Barang baik baru keluar.
Persoalan – Persoalan sikap negatif penjual dalam mendapatkan jualan. Cth:
Kedekut sungguh tuan nak makan, Makanan baik tidak terbeli.
Persoalan kesabaran dalam menghadapi sikap buruk orang lain. Cth : Bukan kedekut, bukannya lemah, Cuma hati belum berkenan



Isnin, 15 Februari 2021

Pantun Dua Kerat - Resam Hidup Manusia

Maksud Pantun

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Manusia mempunyai pelbagai karenah dan kemahuan.

Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Manusia mempunyai perasaan dan sikap yang berbeza antara satu sama lain.

Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.

Keadaan kehidupan yang dahulu amat berbeza dengan keadaan kehidupan masa kini.

Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Seseorang yang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Apabila orang membantu kita, ucapkan terima kasih/hargai jasa mereka.  

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Sesuatu maklumat/berita pasti ada kebenarannya, barulah diperkatakan orang.

Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.

Percakapan yang kasar/buruk akan mengakibatkan bencana kepada seseorang.

Pagi petang siang malam.
Hati terang senang faham.

Orang yang terang hati akan mudah memahami setiap pekara yang diajarkan kepada mereka.

Huraikan bentuk pantun.

Puisi ini adalah berangkap. Puisi ini terdiri daripada 8 rangkap.
Jumlah baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 2 baris serangkap.

Jumlah perkataan setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 4 hingga 5 patah perkataan setiap baris.

Jumlah suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 7 hingga 11 suku kata setiap baris.
Terdapat jeda di tengah baris. Cth : pagi petang/siang malam.
Rima akhir puisi adalah sama iaitu aa.  
Puisi tersebut berbentuk terikat. Hal ini kerana rima akhir puisi adalah sama iaitu aa.
Puisi ini terdiri daripada pembayang dan maksud. Baris pertama ialah pembayang, baris kedua ialah maksud.

b) Huraikan pengajaran/mesej pantun.

Kita hendaklah berterima kasih/bersyukur atas pemberian orang lain. Cth : Orang memberi kita merasa.
Kita janganlah bercakap kasar/buruk kepada orang lain kerana akan membawa akibat buruk kepada diri sendiri. Cth : Sebab mulut badan binasa.
Kita hendaklah berbuat baik kepada orang lain kerana akan menerima balasan yang baik juga. Cth : Ada budi ada balas.
Kita hendaklah memahami dan menerima pelbagai ragam sikap manusia. Cth: Banyak orang banyak ragam.

d) Terangkan nilai kemanusiaan/nilai murni pantun tersebut.

Nilai kesyukuran. Cth : Orang memberi kita merasa. Nilai kesopanan. Cth : Sebab mulut badan binasa.
Nilai toleransi. Cth : Banyak orang banyak ragam.  Nilai  kebijaksanaan. Cth : Hati terang senang faham.

e) Huraikan tema dan persoalan. 

Tema puisi ialah pelbagai ragam hidup manusia. Penulis menggambarkan ragam manusia yang lazim dalam kehidupan. Cth : Banyak orang banyak ragam dan Lain orang lain hatinya.

Persoalan :
Percakapan kasar membawa akibat buruk kepada diri seseorang. Cth : Sebab mulut badan binasa.
Persoalan sikap menghargai bantuan/jasa orang lain. Cth : Orang memberi kita merasa.
Persoalan balasan baik kepada perbuatan baik. Cth : Ada budi ada balas.

f) Huraikan keindahan bahasa.

Anafora. Cth : Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa. Sinkope. Cth :Tak. 
Peribahasa. Cth : hati terang. Asonansi a. Cth : Banyak udang banyak garam. Aliterasi t. Cth : Tak tumbuh tak melata.


Selasa, 9 Februari 2021

Cerpen 00000000000

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Jati diri manusia yg lemah. Watak Dol mempunyai banyak peminat tetapi tidak membawa apa-apa nilai kebaikan kpd masyarakat dgn penampilannya sbg penyanyi rock ala Barat. Persoalan sikap mengagung-agungkan budaya Barat. Ramai anak muda tergila-gilakan Dol sbg penyanyi rock ala Barat. Persoalan imej/penampilan artis yg kurang sesuai. Dol meniru penampilan budaya rock Barat yg tidak membawa kebaikan kpd masyarakat.


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai patriotisme. Watak Aku dan Daiman Kreko tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Nilai hormat-menghormati. Watak Aku, Daiman Kreko dan Dol saling menghormati pandangan satu sama lain. Nilai kejujuran. Watak Aku dan Daiman Kreko jujur memberikan pandangan mereka ttg imej Dol melalui karya mereka. 


c) Jelaskan pengajaran.

Kita janganlah mengagung-agungkan budaya Barat. Ramai anak muda tergila-gilakan Dol sbg penyanyi rock ala Barat. Kita janganlah menjadi artis yg membawa imej/teladan kurang baik. Watak Dol menampilkan imej artis Barat yg kurang sesuai utk dicontohi oleh anak muda. Kita hendaklah menyemai nilai murni melalui seni. Dol gagal membawa penerapan nilai murni melalui penampilannya sbg artis. 


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Watak  Aku sebagai pelukis bijak bermain warna dan Daiman Kreko sebagai penulis bijak bermain bahasa. Perkembangan. Daiman Kreko dan Dol, penyanyi kumpulan Mad Dog, datang ke studio Aku. Kemuncak. Daiman Kreko dan Aku gelisah dlm usaha cuba menggambarkan Dol dlm bahasa dan lukisan. Peleraian. Aku dan Daiman Kreko menghasilkan karya dengan simbol kosong kerana mendapati tiada nilai kebaikan yg dibawa oleh Dol melalui penampilannya sebagai artis rock ala Barat.


e) Huraikan perwatakan Aku.

Seorang yg pandai melukis. Aku ialah pelukis yg terkenal dgn kepandaiannya melukis. Seorang yg patriotik. Watak Aku tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Seorang yg jujur/suka berterus-terang. Watak Aku jujur memberikan pandangan ttg imej Dol melalui karyanya.


f) Huraikan perwatakan Daiman Kreko.

Seorang yg pandai menulis. Aku ialah penulis yg terkenal dgn kepandaiannya berbahasa. Seorang yg patriotik. Daiman Kreko tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Seorang yg jujur/suka berterus-terang. Daiman Kreko jujur memberikan pandangan ttg imej Dol melalui karyanya.


g) Huraikan perwatakan Dol.

Seorang yg pandai menyanyi. Dol pandai menyanyi dan terkenal sbg penyanyi kumpulan Mad Dog. Seorang yg terpengaruh budaya Barat. Dol berpenampilan Barat dlm imejnya sbg seorang penyanyi. Seorang yg selekeh. Dol berpakaian selekeh dgn rambut gondrong dan berbaju sendat. Seorang yg menghormati pandangan org lain. Dol menghormati pandangan Aku dan Daiman Kreko terhadap imejnya sbg artis ala Barat.


h) Huraikan unsur suspens dan unsur kejutan dalam cerpen.

Unsur suspens - Peristiwa Aku /Daiman Kreko cuba menggambarkan Dol dlm bahasa dan lukisan. Pembaca tertanya-tanya bagaimanakah gambaran imej Dol yg akan dihasilkan. Unsur kejutan – Aku dan Daiman Kreko menghasilkan karya dengan simbol kosong. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka hanya simbol kosong yg ditulis dan dilukis. 


i) Jelaskan sumbangan dan peranan Shahnon Ahmad. 

Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad merupakan seorang Sasterawan Negara. Beliau berasal dari Kedah. Beliau banyak menghasilkan cerpen, novel dan kritikan sastera. Novelnya yg terkenal ialah Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong.